LEBIH SELESA
Beraneka Bunga
Tempat ini jauh lebih selesa dari kebanyakan taman bunga Cameron. Full stop.
Dan bunga-bunga yang beraneka warna di sini ditanam di dalam kawasan berbumbung. Jadi kalau pun hujan, anda boleh berteduh.


MESRA PENGUNJUNG
Cafe & Cenderahati
Taman Mardi di Cameron Highland ini juga cukup mesra pengunjung. Kalau anda sudah letih melayan bunga dan anggur, anda juga boleh menjamu selera di kafenya, membeli cenderahati atau solat di surau Mardi. Untuk anak anda, ada taman permainan kecil untuk mereka berseronok.
Pendek kata, kalau ke Cameron, tapi hanya singgah ke kebun persendirian, tapi tak ke sini, memanglah anda silap jalan.
OK: banyak pokok bunga, senang parking, kawasan luas, ada kemudahan tandas, surau dan cafe
KO: tiket telah naik harga rm10(dewasa), rm5(kanak), pokok tidak banyak seperti dulu, tarikan terbaru tidak banyak.
sepatutnya mardi menjadilkan anak sungai didalam kawasannya suatu tarikan istimewa.
Sini best, bagi saya dalam ni lengkap.
Mini zoo ada, taman rama2 ada walaupun tak banyak. Landskap dia terjaga.
Budak-budak memang suka kat sini. Penat jalan singah beli tea rm1 kat cafe tu.
Paling lama pusing-pusing dekat sini. Habis dalam 3jam lebih tu pun tak habis ronda sebab nak hujan.
Best. Tiket murah je. Kanak kanak free hari tu masuk.
Lepas tu ada macam macam dalam satu tempat. Anak suka bole bg makan arnab dgn kambing.
Taman bubga cantik2. Ada mini ladang teh jugak. Overall puas hati. Satu tempat tapi ada macam macam.
Kali pertama masuk sini 11 tahun lepas. Now bertambah cantik. Tapi setengah tempat bersepah. so jadi semak mata pelancong. Patutnya kemaslah sebab kami masuk bukan nak semakkan mata. Hope approve lah.
Harga tiket Rm 10 dewasa .
Tempat yg sangat luas . Kalau bawa warga emas , better bawa kerusi healing & berkelah situ . Sbb kalau nak jalan penat , tiada buggy disediakan utk pusing semua tempat .
Cuaca sejuk , sesuai utk berkelah . Tempat pun ok tak crowded . Parking pun luas