Kredit : tourismselangor_ar

Taman Alam Kuala Selangor

Tarikan ini untuk tempat tengok burung dan layan taman hijau.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak - Kanak (RM)
Warganegara41
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2023

Ada orang happy bila shopping.

Dan ada juga yang happy dan tenang bila masuk hutan, buat forest bathing.

Untuk orang KL dan Selangor, ini antara lokasi selamat dan best untuk jalan-jalan dalam kawasan yang ada suasana hutan dengan family.

Ia tak ada air terjun atau sungai.

Jadi tempatnya aman dari hiruk pikuk manusia.

Tempat ini terbahagi tiga — tasik payau, hutan paya bakau dan juga hutan sekunder.

Jadi ia bukan saja tempat habitat burung, ketam dan monyet tapi juga tempat penting untuk mencegah hakisan.

Kredit : jay_ong77598

Kat sini, jalannya rata dan tak susah nak pusing kawasannya. Jarak anda pusing kawasan ini dalam 3.5 km dan bila jalan santai-santai 1.5 jam boleh selesai.

Tapi kalau anda dan family bawa teropong, dan nak cari burung, memang boleh lepak lama.

Tengok Burung

Aktiviti tengok burung atau birding adalah aktiviti utama kat sini.

Anda boleh panjat naik menara pemerhati untuk tunggu dan mencari spesies burung yang ada.

Kredit : afiqzamanhuri

Kalau ikut info dari majlis bandaran, waktu terbaik ialah dari September sampai April setiap tahun.

Waktu ini anda mungkin dapat tengok burung yang datang dari Russia dan Siberia.

Pada waktu lain, spesies tempatan yang ada termasuklah bangau dan raja udang.

Tempat Menginap

Kalau anda nak tengok burung dan haiwan lain yang mungkin ada waktu-waktu yang susah anda nak datang, boleh tidur kat kawasan ini.

Ada chalet untuk disewa. Senang nak bangun awal pagi atau duduk tengok burung waktu senja nanti.

Tips

  • Jangan letak kereta anda dekat dengan pokok. Monyet kat sini mungkin ada bermain atas kereta anda. Takut balik nanti wiper dah patah.
  • Jangan beri makan monyet.
  • Kalau anda sensitif dengan nyamuk, pakai seluar panjang. Dan sapu krim anti nyamuk.
  • Pakai topi. Bawa air mineral.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak - Kanak (RM)
Warganegara41
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2023
Jomjalan