Taman Belia

Tarikan Percuma

Kalau hotel tak ada pool, dan anak merengek nak main air holiday nanti, bawa sahaja dia ke sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Penang Municipal Park, Persiaran Kuari, Jalan Kebun Bunga, 10450 Penang

MAIN AIR

Untuk Anak Kecil

Ada 3 swimming pool kanak-kanak di sini. Boleh pilih yang mana suka, ikut anak besar mana.

Dan kalau cik abang rasa mahu berjogging, biarkan sahaja sebab tempat ini besar sangat. 67 hektar kak.

Tak lama, mesti dia patah balik rehat tepi pool.

Yang paling best tentang tempat ini? Tempatnya bersih, ada tempat persalinan dan semuanya percuma.

taman belia
Kredit : d_haiqal

RUANG LAPANG

Jalan Santai

Kawasan dalam taman ini pun secara amnya landai dan ada kawasan padang luas untuk si kecil.

Jadi boleh anak nak bergerak bebas dalam kawasan yang selamat.

Dan sebab banyak pokok besar, kawasannya pun banyak tempat berteduh.

Tarikan Lain

Bukan pool budak saja ada sini. Ada banyak tempat lain lagi yang boleh pergi :-

  • Taman permainan yang memang best untuk anak-anak
  • Kawasan bergambar untuk pasangan berkahwin — namanya Laman Mempelai
  • Skating rink untuk yang bawa kasut roda
  • Archery Range untuk yang suka memanah. 

Tips Pelawat

  • Tempat ini penuh masa cuti sekolah. Datang awal ya?
  • Parking percuma.
  • Boleh juga menginap kat hotel mesra anak yang ada pool kalau tak mahu anak mandi kat tempat awam begini.
  • Kalau anda pun nak memanjat macam anak, boleh ke taman tema Escape Penang.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Belia Taman Belia
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)