taman botani shah alam

Taman Botani Negara

Nak tengok taman pertanian paling besar dalam dunia? Ini dia tempatnya.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Masuk (Wajib)31
Rumah 4 Musim (Salji)53
Rumah 4 Musim (Selain Salji)31
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2023

Taman ini dibina di atas tanah seluas 817 hektar, jadi memang luas sangat,

Dan Taman Botani Negara (TBSA) di Shah Alam (dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia atau Taman Pertanian Bukit Cerakah) memang kebanggaan warga Shah Alam.

sawah di taman botani shah alam

Bukan apa, ini sebenarnya taman hutan pertanian terbesar di dunia.

Dan walaupun taman ini direka sebagai pusat penyelidikan, ia juga dibuka untuk orang awam.

Tarikan Pengunjung

Taman Haiwan
taman botani shah alam - rusaKat sini ada taman haiwan sebesar 72 hektar.

Bolehlah anda lihat dan bermain dengan pelbagai jenis ternakan.

Ada kambing, biri-biri, lembu dan ayam yang diternak oleh penyelidik taman.

Kat sini pun ada spesis burung-burung eksotik.

Taman Empat Musim
taman salji taman botani shah alamNak rasa cantik dan seronoknya cuti kat luar negara, tapi bajet pun cukup nak ronda dalam KL saja?

Datang sini.

Musim bunga, musim panas, daun-daun kering musim luruh dan dingin musim sejuk boleh anda rasa kat Taman Empat Musim di TBSA.

rumah empat musim taman botani shah alam

Tapi untuk makluman. Tamannya berubah setiap 3 bulan.

Taman Rempah
Kat sini pula anda boleh belajar tentang herba dan pokok-pokok renek yang digunakan dalam perubatan.

Saiz tempat ini pun besar. 16 hektar bang!

Taman Kaktus
Ada lebih 3000 kaktus tumbuh-tumbuhan di taman ini, termasuk Saguaro gergasi yang biasanya ada kat Mexico.

Taman Buah Tropika
Taman Buah Tropika seluas 36 hektar ini pula ada pokok buah-buahan tropika macam rambutan, durian, manggis dan cempedak.

Anda juga boleh melawat rumah kelapa — sebuah rumah yang dibina menggunkana bahagian-bahagian pokok itu.

Aktiviti Yang Boleh Anda Buat

Memancing
Kalau anda hantu pancing, kadang-kadang tempat ini ada karnival pancing.

Tapi untuk anak dan family, boleh saja layan menggagau ikan atau memancing kat kawasan sawah padinya.

Kalau belum pernah main selut, ini tempat sesuai untuk itu.

Berkhemah
Ada lebih daripada 100 tapak perkhemahan kat Taman Botani.

Jadi kalau setakat nak buat teambuilding atau family gathering untuk keluarga, sekolah atau syarikat memang bukan masalah.

Kawasan ini juga ada amfiteater, surau, trek hutan dan kemudahan barbeku.

Paintball
Nak main perang olok-olok atau paintball, boleh buat kat Lembah Paintball.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Tiket Masuk (Wajib)31
Rumah 4 Musim (Salji)53
Rumah 4 Musim (Selain Salji)31
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Jan 2023

Cara ke Sini

Kenderaan Sendiri
Taman ini dalam 1 jam dari KL. Dari Lebuhraya Persekutuan, susur keluar di Bandar Shah Alam. Kemudian ikut papan tanda ke taman.

Bas
Naik bas bernombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan turun di stesen bas berhampiran bangunan Maybank di pusat bandar Shah Alam. Dari sini ambil teksi ke taman.

KTM Komuter
Turun di Stesen Shah Alam. Kemudian ambil Grab ke taman (20 minit perjalanan)

Waktu Operasi

Tutup Isnin (kecuali cuti sekolah/awam)
Tutup sementara pada waktu solat Jumaat
Selasa – Ahad : 7.30 pg – 4.30 ptg

 

Jomjalan