Taman Botani Negara

Tarikan Percuma

Nak tengok taman pertanian paling besar dalam dunia? Ini dia tempatnya.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 3 dewasa dan RM 1 (kanak-kanak)
Lokasi
Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
 

TAMAN BOTANI

817 Hektar

Taman ini dibina di atas tanah seluas 817 hektar, jadi memang luas sangat,

Dan Taman Botani Negara (TBSA) di Shah Alam (dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia atau Taman Pertanian Bukit Cerakah) memang kebanggaan warga Shah Alam.

taman botani negara

taman botani negara

HUTAN PERTANIAN

Terbesar Dunia

Bukan apa, ini sebenarnya taman hutan pertanian terbesar di dunia.

Dan walaupun taman ini direka sebagai pusat penyelidikan, ia juga dibuka untuk orang awam.

Kalau anda nak datang dengan famili, cuti sekolah antara waktu terbaik sebab masa ini ada pelbagai aktiviti.

Boleh belajar tanam padi, flying fox sampailah memanah dan belajar buat kraf di bengkel yang dibuka.

Tiket Taman Botani

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Tiket Masuk31
Rumah 4 Musim (Salji)53
Rumah 4 Musim (Musim Lain)31

Tarikan Pengunjung

Taman Haiwan

Kat sini ada taman haiwan sebesar 72 hektar. Bolehlah anda lihat dan bermain dengan pelbagai jenis ternakan. Ada kambing, biri-biri, lembu dan ayam yang diternak oleh penyelidik taman. Kat sini pun ada spesis burung-burung eksotik.

Taman Empat Musim

Nak rasa cantik dan seronoknya cuti kat luar negara, tapi bajet pun cukup nak ronda dalam KL saja? Datang sini. Musim bunga, musim panas, daun-daun kering musim luruh dan dingin musim sejuk boleh anda rasa kat Taman Empat Musim di TBSA. Tapi untuk makluman. Tamannya berubah setiap 3 bulan.

Taman Rempah

Kat sini pula anda boleh belajar tentang herba dan pokok-pokok renek yang digunakan dalam perubatan. Saiz tempat ini pun besar. 16 hektar bang!

Taman Kaktus

Ada lebih 3000 kaktus tumbuh-tumbuhan di taman ini, termasuk Saguaro gergasi yang biasanya ada kat Mexico.

Taman Buah Tropika

Taman Buah Tropika seluas 36 hektar ini pula ada pokok buah-buahan tropika macam rambutan, durian, manggis dan cempedak. Anda juga boleh melawat rumah kelapa — sebuah rumah yang dibina menggunakan bahagian-bahagian pokok itu.  

Aktiviti Yang Boleh Anda Buat

Memancing

Kalau anda hantu pancing, kadang-kadang tempat ini ada karnival pancing. Tapi untuk anak dan family, boleh saja layan menggagau ikan atau memancing kat kawasan sawah padinya. Kalau belum pernah main selut, ini tempat sesuai untuk itu.

Berkhemah

Ada lebih daripada 100 tapak perkhemahan kat Taman Botani. Jadi kalau setakat nak buat teambuilding atau family gathering untuk keluarga, sekolah atau syarikat memang bukan masalah. Kawasan ini juga ada amfiteater, surau, trek hutan dan kemudahan barbeku.

Paintball Nak main perang olok-olok atau paintball, boleh buat kat Lembah Paintball.  

Cara ke Sini

Kenderaan Sendiri

Taman ini dalam 1 jam dari KL. Dari Lebuhraya Persekutuan, susur keluar di Bandar Shah Alam. Kemudian ikut papan tanda ke taman.

Bas

Naik bas bernombor 63 atau 338 dari Kuala Lumpur dan turun di stesen bas berhampiran bangunan Maybank di pusat bandar Shah Alam. Dari sini ambil teksi ke taman.

KTM Komuter

Turun di Stesen Shah Alam. Kemudian ambil Grab ke taman (20 minit perjalanan)

Waktu Operasi

Tutup Isnin (kecuali cuti sekolah/awam)

Tutup sementara pada waktu solat Jumaat

Selasa – Ahad : 7.30 pg – 4.30 ptg

Tarikan Berdekatan

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Botani Negara Taman Botani Negara
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)