Taman Botanikal Melaka

Tarikan Percuma

Nak rasa masuk hutan Melaka tapi takut? Pi taman botani ini sahaja lah kot!

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Melaka Botanical Garden, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Add to Cart
botanical garden melaka main
Taman Botanikal Melaka
Tarikan Percuma

SANTAI

Dalam Suasana Hijau

Nama tempat ini dulunya Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Sekarang, namanya dah diubah kepada Melaka Botanical Garden.

Dan kalau dulu ianya memang hutan, sekarang dan ada sedikit penambahan kecil.

Kalau anda kaki jogging, ini antara tempat paling best untuk jogging di Melaka ini. Tempat ini juga sesuai untuk orang bandar yang mahu rasa suasana hutan, tapi tak mahu sesat.

taman botanikal melaka

taman botanikal melaka

AKTIVITI

Utk Lebih Sihat

Macam mana-mana taman botani kat Malaysia, Taman Botani Melaka ini bila masuk, anda cari aktiviti sendiri yang anda nak buat.

Sepanjang kawasan dalam ini memang untuk anda berjalan, berjogging atau berbasikal.

Kalau tak ada basikal, boleh sewa kat sini. Tapi basikalnya macam biasalah, segan-segan keadaannya.

Utk Keluarga

Kalau datang dengan family, boleh juga sewa buggy elektrik kalau malas nak mengayuh.

Harga buggy ini RM 40 untuk setengah jam (dan mungkin lain bila anda sampai).

Untuk anak-anak, ada taman dinasour yang ada 15 replika dinasour yang mereka boleh tengok.

Dan dekat dengan kawasan ini juga ada jambatan gantung yang pendek. Tapi cukup untuk buat anak yang bawah 10 tahun rasa seronok.

Ada juga tempat untuk anda berpiknik, kalau datang dengan famili.

Dan Kampung Buku serta Muzium Hutan yang ada dalam ini memang jarang orang masuk pun. Melainkan ada sebab khas.

Berkhemah

Kalau anda nak berkhemah, tidur dalam kawasan ini, merentas hutan dan sebagainya, boleh terus tanya Jabatan Perhutanan Melaka.

Pejabat yang menjaga kawasan Ayer Keroh ini nombor telefonnya 06-231 6095.

Tarikan Berdekatan

Datang awal pagi atau lepas Asar. Jangan lewat sangat. Sebab ini hutan bang, takut gelap.

Tempat ini dah dekat dengan Skytrek Melaka.

Bagus kalau nak teruskan aktiviti yang tambah lasak dari setakat jalan-jalan.

Tempat letak kereta di sini, percuma.

Jadi kalau nak cari tempat anak-anak boleh bergerak bebas kat Melaka sampai lebam, dan tak perlu belanja, ini antaranya.

Kalau nak merasa naik kayak, boleh juga ke tasik Ayer Keroh.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Botanikal Melaka Taman Botanikal Melaka
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)