Taman Botanikal Penang

Tarikan Percuma

Poket dah kering? Jom kita bersiar-siar di Penang Botanical Garden ataupun Taman Kebun Bunga untuk ubat hati yang lara.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
45 – 90 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

PERCUMA

Riadah

Taman ini tempat tumpuan orang Penang untuk beriadah dan berjogging.

Akan tetapi untuk orang luar yang datang ke Penang, selain bersiar-siar, tempat ini tempat untuk melihat kera-kera di habitat mereka sendiri.

taman botanikal penang
Kredit : marul_ff

BERSEJARAH

Untuk Botanist

Pada waktu dahulu, taman ini dibuat oleh penjajah British untuk mencari tumbuhan yang sesuai untuk dikomersilkan.

Akan tetapi apabila Jepun menghalau Inggeris, tempat ini dijadikan mereka untuk mencari tumbuhan yang boleh dijadikan ubat.

Kini anda boleh jalan-jalan pagi dan petang tanpa mengeluarkan duit ke tarikan yang mahal-mahal.

Tips Pengunjung

  • Datang awal pagi sebab cuaca lebih sejuk.
  • Jika anda tidak mahu berjalan, tetapi masih ingin melihat kawasan taman, ada trem untuk anda naik.
  • Kalau anda gagah perkasa, ini ada satu tip. Anda sebenarnya boleh berjalan kaki dari sini sampai lah ke Bukit Bendera (Penang Hill).
  • Kebun Bunga sebenarnya mempunyai air terjun. Dulunya ia sumber air penting bagi pelayar. Sayangnya ia kini ditutup kepada orang awam.
  • Kera-kera di sini walaupun nampak jinak, masih haiwan liar. Jaga beg dan telefon anda, dan jauhkan anak kecil dari kumpulan kera-kera ini.
  • Kalau anda bercuti dengan anak kecil, lebih baik ke Taman Belia sebab ia ada beberapa kolam mandi awam untuk mereka.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Botanikal Penang Taman Botanikal Penang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)