Isi Kandungan :
Ya. Kalau hangpa nak tengok buaya — dari telur kepada kepada bapa buaya, dari buaya hidup kepada buaya mati, semua ada kat sini.
Hangpa boleh melawat buaya besar si Bujang Kawi (kalau masih hidup). Buaya besar ini istimewa — bukan sebab beratnya yang sama dengan 7 orang lelaki, tapi disebabkan beliau lahir tanpa gigi dan diasingkan dari yang lain.
Kalau ke sini, datang sebelum waktu pertunjukan buaya — sebab itulah tarikan utama di sini.
Nak Shopping Sis?
Pernah tengok kawan hangpa pakai beg tangan kulit buaya? Ha, di sini, hangpa pun boleh ada dompet, kasut, tas tangan dan bermacam lagi produk dari kulit buaya.
Harga barang eksotik ini bermula dari RM 150 ke RM 35,000
Waktu Pertunjukan & Makan
Pertunjukan : 11:00 pagi dan 2:45 tengah hari
Makan: 10:30 pagi
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 18 | 12 |
Pelancong Asing | 25 | 20 |
Tawaran Tiket Diskaun
Taman Buaya Langkawi (Dewasa)
Taman Buaya Langkawi ( Child)
Aduhai. Apalah masalah orang Malaysia? Kalau ada banyak duit nak dicampak, jangan dicampak ke buaya. Campak ke kami saja.
Peta Ke Sini

Kredit : www.flickr.com