Taman Burung Bali

Anda datang ke Bali dengan anak kecil? Jika ya, Bali Bird Park mungkin adalah antara tempat yang boleh anda tuju apabila si kecil sudah mula merengek-rengek.

Tapi itupun jika anda sanggup membayar harga tiketnya yang cukup mahal.

Dibina dalam persekitaran taman dan dipenuhi oleh burung-burung jinak yang dibiar berkeliaran, taman burung Bali seluas 2 hektar ini bukan sahaja dihuni oleh ribuan burung tetapi dilengkapi kolam renang untuk anda bersantai.

Maklumat Pengunjung

1. Dibuka sejak 2005, tempat ini dikatakan mempunyai koleksi burung antara yang terlengkap di Indonesia.

2. Anda boleh masuk ke taman reptilia berhampiran dengan menggunakan tiket bird park ini.

3. Jika anda ke sini, jangan lupa mencari burung ikon Bali iaitu Jalak Bali dan burung Indonesia yang hampir pupus iaitu Julang Sumba.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9pg – 6 ptg

Harga Tiket

USD 26 (~$26)

Warga Indonesia Rupiah 100000 (~$10)