Tiket Taman Burung KL

RM45.00

(9 review)

Taman Burung kat sini ini tempat anda tengok lebih 3,000 burung yang terbang bebas tak terkurung.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 3 jam
Harga Tiket Walk-In
Harga tiket KL Bird Park bermula dari RM 10 utk kanak-kanak dan RM 22 untuk dewasa (warganegara Malaysia).
Lokasi
920, Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Add to Cart
2 ekor burung unik yg boleh dilihat di taman burung kl dengan tiket murah kl bird park
Tiket Taman Burung KL
RM45.00

TAMAN BURUNG

Terbesar Asia Tenggara

Taman Burung Kuala Lumpur ada di Taman Botani Perdana.

Kawasannya dalam sangkar burung yang dibuat dalam hutan hujan tiruan.

Saiznya, 20.9 ekar.

Dan penghuninya — burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

4 ZON

Utk Pelbagai Jenis Habitat

Sebab ia cukup besar, ia dibahagikan kepada 4 zon.

Zon 1 dan 2 adalah tempat penerbangan bebas. Di sini burung dibiarkan terbang dan berkeliaran.

Zon 3 ditetapkan sebagai khas sebagai taman enggang.

Zon 4 pula tempat kawasan khas untuk pembiakan burung. Di sini juga ada amfiteater — iaitu tempat pertunjukan burung diadakan setiap hari.

TARIKAN UTAMA

Burung Wajib Lihat

Bila sudah ke sini, jangan lupa jenguk ‘superstar’ taman ini.

Antaranya ialah Merak Biru India dengan ekor warna warninya sepanjang 5 kaki, merpati Crowned yang besarnya sudah sebesar ayam belanda, burung kakak tua Pesquet yang hampir tak wujud lagi di dunia dan burung Congo Afrika Grey Parrots — dikenali sebagai spesies nuri yang paling pandai di dunia.

burung merak di atas dahan pokok di taman burung kl

Tiket Taman Burung KL

Tiket Promo Taman Burung Kuala Lumpur

Promo Online
Potongan Harga
3-5%Tempah
KL Bird Park10%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara4520
Pelancong Asing8560
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Feb 2025

Tips Pelawat

  • Tiada mesin ATM di sekitar kawasan ini. Bawa wang tunai yang cukup untuk cenderamata, minuman dan teksi.
  • Walaupun burung di sini mungkin kelihatan jinak, ia masih haiwan liar dan bukan seperti kucing rumah anda. Mereka mungkin mematuk tanpa amaran.
  • Ambil gambar burung semasa mereka diberi makan. Spesies yang bersembunyi di kanopi hutan hanya akan muncul pada waktu ini.
  • Kalau ada kawan overseas yang nak ke sini, boleh sarankan beli trip ke Bird Park KL dengan one way transfer ini.

Taman Haiwan Lain

Mahu lebih dari burung? Kalau setakat nak melayan binatang, memang bukan masalah kat sekitar KL dan Selangor.

Anda boleh pilih untuk ke Aquaria KLCC, Zoo Negara, Mini Zoo KL Tower, Taman Rama-Rama, Farm in the City ataupun G2G Animal Garden.

Kalau anda ada sehari suntuk untuk keluarga, Sunway Lagoon pun ada mini zoo kecil selain dari taman air untuk layan sama-sama.

Tarikan Berdekatan

9 review utk Tiket Taman Burung KL

4.4
Berdasarkan 9 review
5 bintang
55
55%
4 bintang
33
33%
3 bintang
11
11%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-5 dari 9 review
  1. Ikut lawatan sekolah anak. Ada beberapa jenis yang bebas berkeliaran, boleh ambil gambar dekat. Better datang pagi/petang, jangan lupa bawak topi/sunglasses/kipas sebab panas. Ada restoran untuk lunch dan booth2 jual makanan ringan.

    (0) (0)
  2. Semalam berkesempatan mengunjungi Taman burung ni..Stat masuk je mcm dlm cite Jurassic Park 3 yg scene dlm sangkar tu.

    Ok la byk spesis burung.Yg jinakpun ada boleh bg makan.Berkeliaran bebas dan ada yg buat sarang kt pokok!!

    Harga pun ok la utk pemegang mykad Rm40 Mykid rm20.

    Cuma agak terkilan dan tak selesa dgn najis burung yg mencemari jalan,lantai,bumbung,kanopi kedai serbanika,tempat duduk kotor mcm jarang sgt dibersihkan….

    Hati2 tkt burung berak atas kepala yaa..

    Cadangan saya agar buat pembersihan berkala mgunakan waterjet mudah dan bersih utk keselesaan pengunjung terutama pelancong asing..Tq🫶

    (0) (0)
  3. Surprisingly best! Anak enjoy sangat tempat ni. Well maintain! Aktiviti yang dijalankan pun best.

    Masa redeem tiket di kaunter, akan dapat fizikal map juga cuma please korang jangan la buang merata sampah sebab masih ada perangai macam ni eh buang sampah dan map tu merata 🙄 memang sejenis tak boleh bawa berjalan sebab akan musnahkan keindahan sesuatu tempat sebab orang macam ni sejenis pengotor dan tak sayang alam sekitar tapi nak juga datang tempat yang cantik macam KL Bird Park ni, tak faham daku.

    Apa-apa pun wajib pergi, tempat best!

    (0) (0)
  4. Hari ni public holiday thaipusam. Servis staff di kaunter & guide untuk masuk ok , peramah.

    Tempat bersih , luas & besar. Sesuai dengan harga.

    (0) (0)
  5. Ok la. Nk kenal² burung, bawak anak².. dekat dgn Taman Botani.
    Harga tiket ok la. Dlm ade restorant tp time kesana restorant tak bukak lagi.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Taman Burung KL Tiket Taman Burung KL
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)