Isi Kandungan :
Setelah ditutup sejak 2018, taman burung ini dibuka semula untuk umum sewaktu wabak Covid. Burungnya tak sebanyak dulu, tapi harga tiket pun sudah murah.
Taman Burung Melaka ini saiznya besar. Dengan saiz kawasan 1.8 hektar, ia sepatutnya menjadi taman burung paling besar dalam Asia.
Dan pada waktu pembukaan, jumlah burung yang ada di sini dikatakan sebanyak 400 spesies.
Apa Yang Ada Di Sini?
Di dalam kawasan Taman Burung Melaka, anda bukan sahaja boleh melihat burung, tapi juga memberi makan burung-burung yang ada.
Di kawasan taman bawah, ada merak, ayam jantan dan ayam belanda yang dibiar berkeliaran. Mungkin sebab lapar, burung-burung dan ayam di sini jinak-jinak. Dan mungkin mengekor anda ke mana sahaja anda pergi.
Di kawasan atas (ada menara untuk anda naik) anda boleh bertemu dengan burung kakak tua, burung lori dan bermacam burung lagi uang bertenggek untuk anda sapa.
Nak naik ke kawasan menara ini ada 2 pilihan. Lif atau naik tangga setinggi 3 tingkat. Kalau lif rosak, anda terpaksa bersenam naik anak-anak tangga yang sayangnya dipenuhi najis burung.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 5 | 3 |
Waktu Operasi
Setiap hari : 9 pg – 6 ptg
Hotel Pilihan Berdekatan Taman Burung
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Ames Melaka | Booking | Agoda |
Amverton Heritage Resort | Booking | Agoda |
Metrasquare | Booking | Agoda |