Orkid Rothschil
Kalau nasib anda baik, anda mungkin terjumpa orkid Rothschild di kawasan taman Kinabalu ini.
Kalau nak tahu, orkid yang digelar emas Kinabalu (atau orkid Sumazau) ini adalah orkid paling mahal di dunia, dan hanya tumbuh di kawasan gunung Kinabalu.
Berapa mahal? Orkid yang rare dan berbunga dalam 15 tahun sekali ini, harga setangkainya mencecah RM 20,000. Itupun kat black market, dijual oleh penyamun dan penyeludup ke pasaran orkid dunia.
Dengan Tour
Untuk ke sini, selalunya melalui tour yang akan juga pergi ke Desa Dairy Farm dan Poring.
Memandu boleh, tapi disebabkan jarak perjalanan, adalah lebih baik mengikuti tour.
Bolehlah tidur dalam perjalanan pulang.
Masuk Poring
Jangan lupa simpan tiket ini.
Anda boleh gunakannya kalau berhajat masuk ke Kolam Air Panas Poring (45 km dari sini)
Tips Pelawat
Suhu tempat ini 16 – 25 darjah Celcius bila pagi. Kalau anda tak tahan sejuk, bawa jaket tebal.
Jalan masuk ke sini sempit dengan selekoh dan mendaki. Kalau anda bawa kereta sewa dan kali pertama ke sini, hati-hati kena lebih.
Tempat letak kereta kecil. Banyakkan bersabar dan tolak ansur.
Anda disarankan mengikut tour Kinabalu Park + Air Panas Poring kalau tak mahu pening-pening.
Review
Jadi yang pertama beri review