Isi Kandungan :
Ini dulunya tempat lumba kuda. Tapi sekarang ada tempat permainan kanak-kanak yang besarnya 2 ekar.
Kalau untuk anda yang mahu berjogging, ada trek jogging getah sepanjang 1.3km. Kalau sekadar bersiar, ada laluan pejalan kaki dan jambatan kecil merintangi kolam yang sesuai dijadikan tempat bergambar.

Credit : Dennis Hurd
Kalau anda ke KLCC dengan anak-anak, jangan lupa ke sini. Sebab seronoknya, anak-anak boleh mandi manda di kolam randuk percuma KLCC dengan percuma.

Kredit : : www.kuaby.com
Nota: Kolam randuk kanak-kanak ini memang selalunya menarik hati anak-anak. Jadi bawa baju ganti dan tuala jika anda melalui kawasan ini bersama si kecil. Bilik menukar pakaian dan tandas ada disediakan.
Tarikan Berdekatan
Kalau anda sudah ke sini, jangan lupa ke tarikan lain yang cuma dalam jarak jalan kaki. Kaki shopping boleh masuk ke Suria KLCC. Untuk yang mahu makan boleh ke Tapak Urban Dining. Kalau anda dengan anak, boleh juga pergi ke Aquaria KLCC atau Superpark.
Untuk pengalaman melihat bandaraya KL dari tempat tinggi, ada Skybridge untuk anda layan.
Pendek kata, kawasan ini ada cukup tarikan untuk anda habiskan sehari atau dua tanpa anda rasa masa yang terbang begitu saja.
Hotel Terbaik Berdekatan Taman KLCC
Kategori Hotel | Tempah Hotel | |
---|---|---|
Mandarin Oriental | Booking | Agoda |
Hotel Traders | Booking | Agoda |
Hotel Impiana | Booking | Agoda |
Hotel Pullman KLCC | Booking | Agoda |
Hotel Ibis KLCC | Booking | Agoda |
PNB Perdana | Booking | Agoda |
The Zon All Suites | Booking | Agoda |
Le Apple Boutique | Booking | Agoda |
Waktu Operasi
Kolam Randuk:
Selasa – Ahad – 10 pagi hingga 6 petang
Taman Permainan/ Trek Jogging:
Setiap hari – 7:00 pagi
Harga Tiket
Percuma