pintu masuk taman lagenda

Taman Lagenda

Tempat rekreasi ini tempat santai kalau anda dah puas dengan shopping dan pantai.

Taman Lagenda Langkawi yang dekat dengan jeti Kuah ini besar, siap dengan tasik dan kawasan untuk skateboarding. Dan kalau ikut perancangannya, ia taman yang ada tugu dan monumen yang menceritakan lagenda pulau Langkawi ini.

Ia seakan taman Garuda Wishnu di Indonesia, cuma kalah teruk dari segi monumennya. Dan kalau nak dibandingkan dengan taman Nong Nooch di Thailand, memang macam langit dengan bumi.

dataran taman lagenda langkawi

Mungkin disebabkan saiznya atau entah apa, taman rekreasi ini sekarang kurang perhatian. Jangan terkejut kalau anda masuk dan hanya ada dua tiga orang di dalamnya.

Kalau anda datang untuk ambil angin, silakan. Tapi kalau nak berjogging, jangan jogging lewat sebab kawasan ini banyak nyamuk. Dan kalau jadi apa-apa susah nanti.

Untuk yang pulang dengan feri jeti Kuah, mungkin boleh singgah sekejap sebelum balik. Tapi kalau tak dapat singgah pun tak mengapa, sebab anda tak rugi apa-apa.

Tarikan Berdekatan

Tempat ini diapit oleh Dataran Helang dan juga Masjid Al Hana Langkawi. Kedua-duanya boleh anda lawat selepas ke sini.

Bertentangan Taman Lagenda ada shopping mall kecil dengan farmasi kalau anda mahu lari dari panas terik matahari.

Kalau anda kat sini hari Rabu atau Sabtu, boleh rancang ke pasar malam dekat dengan hotel De Baron (dekat saja dengan taman ini).

Harga Tiket

Percuma

Waktu Operasi

24 jam

Teroka Seluruh Langkawi

Tempat menarik kat Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Hotel terbaik pilihan kami

Peta

Center map
Get Directions