Taman Laut Tunku Abdul Rahman

RM200.00

Taman laut ini adalah koleksi pulau yang dekat dengan Kota Kinabalu utk anda yang nak bersnorkeling masa cuti, tapi trip ke sini singkat sahaja.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 5 jam
Jarak dari Kota Kinabalu
3km / 20 – 30 minit dgn bot
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 35 dewasa dan RM 30 kanak-kanak utk 1 pulau
Lokasi
Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah

Add to Cart
seawalking tunku abd rahman park sabah
Taman Laut Tunku Abdul Rahman
RM200.00

BEBERAPA PULAU

Trip Pendek

Ini taman laut. Ia koleksi pulau-pulau yang dekat dengan bandar Kota Kinabalu yang boleh anda lawat untuk mandi manda, snorkeling ataupun skuba diving.

Yang seronoknya sebab pulau-pulau ini dekat antara satu sama lain.

Jadi anda boleh lawat beberapa pulau dalam satu lawatan.

Cumanya pastikan anda reserve-kan satu siang anda, khas untuk ke sini.

Sebab balik dari pulau pun anda sudah letih nak ke mana-mana.

taman laut tunku abdul rahman

taman laut tunku abdul rahman

POPULAR

Dekat Saja

Sebenarnya Sabah memang ada pulau-pulau lain yang jauh lebih cantik dari Taman Laut Tunku Abdul Rahman.

Tapi dengan lokasi taman laut ini yang cukup dekat dengan hotel, tak salah ke sini untuk anda rasa snorkellng atau berjalan di pasir pulau yang halus-halus.

Untuk ke sini anda perlu bayar 3 perkara – yuran terminal + bot ulang alik + tiket masuk (konservasi).

Kalau pening, ambil sahaja snorkeling tour yang ada.

Tiket Taman Laut

Harga Tour/ Pakej

Pakej Online
Potongan Harga
0%Tempah
0%Tempah

Harga Tiket Feri (Tambang Sahaja)

Tambang Bot Pergi Balik (RM)DewasaKanak2
1 Pulau3530
2 Pulau4540
3 Pulau5550
4 Pulau6560
Yuran Konservasi (Warganegara)53
Yuran Konservasi (Warga Asing)2015
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 10 Feb 2025

Pulau Di Sini

Ada 4 pulau di sini yang selalu disebut-sebut orang. Pulau Gaya, Sapi, Manukan dan Mamutik.

1.  Pulau Sapi Ada batu karang & ikan yang cantik-cantik. Tapi pulaunya kecil dan terlalu ramai pelancong/aktiviti.

2. Pulau Manukan
Pantai yang putih & cantik tapi airnya tidak jernih. Ada kedai makan/tandas di sini.

Kawasan pantainya lebih besar, jadi walaupun ia pulau yang paling popular, ia kurang terasa penuh dengan pelancong.

3. Pulau Mamutik
Pulau paling kecil di sini. Kurang pelancong. Airnya cetek.

4. Pulau Gaya
Ini pulau terbesar. Dan penuh dengan resort persendirian yang mewah seperti Gaya Island Resort.

Tapi bersnokelling di sekitar pulau ini selalunya hanya untuk mereka yang menginap di resort.

Bot Ke Sini

Tempat naik biasa/rasmi untuk ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman ialah di Jeti Jesselton.

Ia lebih murah berbanding anda naik dari jeti Star Marina/Sutera Harbour.

Ada juga pelancong yang naik dengan bot terus dari jeti Pasar Filipina.

Jaraknya lebih dekat, dan harganya lebih murah.

Tapi awas. Anda sebenarnya naik dengan pengusaha haram/tidak berlesen.

Ada kes pelancong yang dirompak dan ditinggal di pulau bila menggunakan bot dari sini.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30 pg – 5:00 ptg (tapi jeti buka seawal 7 pagi)

Waktu Operasi Bot : 8:30 pg – 4:15 ptg

Tips Pelawat

  • Bila sampai ke pulau pertama, bayar tiket konservasi. Simpan tiket itu. Tunjuk tiket ini untuk masuk ke pulau seterusnya.
  • Pegang anak kecil anda. Jurubot selalunya bawa bot laju mereka seperti koboi pening.
  • Nak terkucil? Maaf, sebab seperti kebanyakan tandas di Malaysia, keadaan tandas-tandas di sini meloyakan.
  • Nak betul-betul snorkelling? Ambil trip ke 2 pulau sudah cukup. Kalau tidak, belum puas anda berendam, sudah kena naik bot ke pulau lain.
  • Sebab waktu anda mandi manda akan panas terik, bawa & pakai topi, sunblock, spek hitam. Kalau tidak,  mungkin balik hitam muka.
  • Bawa bekal makan/minum kalau bajet rendah atau anak ramai. Makanan di pulau, macam biasa, menangis mahalnya.
  • Sebaik-baiknya datang pada hari biasa. Hujung minggu & cuti umum adalah waktu paling sesak dengan pelancong.
  • Tolong kutip sampah anda, dan bawa balik ke hotel. Buang sampah di tempat sampah, bukan di pulau.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Laut Tunku Abdul Rahman Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)