Taman Orkid Kuching

Tarikan Percuma

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Taman Orchid, 96000 Kuching, Sarawak, Malaysia

NAIK SAMPAN

80 000 Orkid

Yang menariknya, untuk melihat lebih 80,000 orkid yang ada di taman seluas lebih 15 ekar ini, anda perlu menaiki sampan dan menyeberangi sungai Sarawak.

Dari tebing jeti Pangkalan Sapi, anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit sebelum sampai ke pintu masuk Taman Orkid ini.

Antara yang menjadi tarikan di sini termasuklah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo yang terkenal di dunia.

taman orkid kuching
Kredit : srihartini688

BAYARAN PERCUMA

Mengikut Musim

Namun begitu, oleh kerana orkid berbunga mengikut musim, anda mungkin kecewa jika datang pada waktu orkid-orkid ini tidak berbunga.

Dan oleh kerana kurang teduhan, datang awal agar anda dapat melihat kesemuanya tanpa diganggu panas matahari.

Tetapi yang baiknya, sewaktu maklumat ini ditulis, masuk adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan untuk mengambil gambar-gambar di sini.

Waktu Operasi

Isnin : Tutup
Selasa – Ahad : 9:30 pg ke 6:00 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Orkid Kuching Taman Orkid Kuching
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)