taman persahabatan jepun di shah alam selangor

Kredit : arleena_nina

Taman Persahabatan Jepun

Nak tempat OOTD lawa dan percuma? Ini antara tempatnya.

Taman Persahabatan Jepun ini memang sekali pandang, nampak macam masuk ke taman kat Tokyo sana.

Ada laman Zen, ada juga kawasan refleksologi.

Dan untuk rasa feel Jepun lebih, kawasan laluan buluh pun ada sekali.

taman jepun shah alam

Kredit : yui.annie

Tapi saiznya kecil saja walaupun banyak angle ada untuk OOTD.

Nak tambah gaya? Boleh sewa kimono kat kedai kecil dalam ini.

taman jepun shah alam

Kredit : angel_sk91

Lagi lawa lah gambar buat tambah follower.

Nak datang pun senang.

Sebab ia kat Taman Tasik Shah Alam saja.

taman jepun shah alam

Kredit : zlyson____89

Kalau nasib baik, waktu anda datang, ada acara kebudayaan untuk dilayan sama-sama.

Taman ini sudah lama siap.

Tapi sebab pandemik Covid-19, ini ditangguh waktu bukanya sehinggalah ia rasmi dibuka pada 2021.

taman persahabatan jepun

Kredit : arifsyazwanla

Sebab Adanya Taman Jepun

Kat kawasan Shah Alam ini sebenarnya banyak kilang Jepun.

Dari Matsushita sampailah Panasonic.

Syarikat-syarikat gergasi Jepun ini sudah banyak melabur kat Selangor.

Dan mereka antara sebab Selangor jadi negeri yang paling kaya di Malaysia.

taman persahabatan jepun selangor

Kredit : medina.ikhsan

Jadi ini tanda terima kasih, dan tanda perhubungan akrab negeri Selangor dan juga negara matahari terbit itu.

Bolehlah warga Jepun yang tinggal kat Selangor ini lepaskan rindu pada negara mereka, paling kurang hujung minggu pun tak mengapa.

Taman Persahabatan Lain

Selain taman ini, ada satu lagi taman persahabatan kat Malaysia ini.

Ia kat Putrajaya. Tapi yang itu taman persahabatan Malaysia-China.

Taman Jepun Lain

Kalau anda suka taman ini, ada lagi taman Jepun kat Malaysia.

Yang kecil ada di Taman Dr Seenivasagam kat Ipoh.

Dan yang lebih cantik dan sejuk ada kat Bukit Tinggi Pahang.

Tips

  • Kat kawasan ini pun ada Zipline Shah Alam. Boleh cuba rasa best ke tidak seberang tasik dengan flying fox nya.
  • Masjid Shah Alam tak jauh dari sini. Boleh singgah untuk solat dan rasa suasana ikon Shah Alam ini.
  • Spray anti nyamuk kat kulit dulu sebelum datang kalau kulit anda sensitif dengan nyamuk.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm

Jomjalan