Isi Kandungan :
Di sini hangpa bukan sahaja dapat tengok lebih 200 spesies serangga, tetapi juga tengok rama-rama yang susah nak dijumpai.
Antarnya dari spesies Raja Brooke dan Birdwing.
Selain beribu-ribu rama-rama yang jinak ini, taman yang bersih dan teratur ini pun ada kolam ikan koi.
Jadi kalau datang dengan si kecil, boleh leka dia dibuatnya,
Tapi, hangka kena agak cergas mengendong baby. Bukan apa, kena lalu satu demi satu sangkar — dan kawasannya kurang mesra stroller bayi.
Yang uzur naik kerusi roda pun bakal ada masalah.
Disebabkan ianya dekat dengan Zoo Melaka, boleh timbang-timbangkan yang mana satu yang nak anda layan.
Kalau harga tiket jadi masalah, apa kata pergi saja ke Tasek Ayer Keroh dan layan kayak?
Hotel Pilihan Berdekatan Taman Rama-Rama
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Ames Melaka | Booking | Agoda |
Amverton Heritage Resort | Booking | Agoda |
Metrasquare | Booking | Agoda |
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 22 | 16 |
Pelancong Asing | 22 | 16 |
Waktu Operasi
Setiap Hari: 8:30pg – 5:30ptg