Bermula sebagai hobi, taman yang dimulakan pada tahun 1990 ini kini menempatkan pelbagai spesies rama-rama di samping reptilia lain seperti ular dan katak serta serangga seperti kumbang dan kala jengking.
Bila ke sini jangan lupa mencari rama-rama yang dinamakan sempena lanun terkenal Borneo — iaitu Raja Brooke. Menurut kisah dongeng. roh Brooke dikatakan tersimpan di dalam badan rama-rama yang terancam pupus ini.
Tip Pengunjung
1. Jika anda belum pernah ke taman rama-rama lain di Malaysia, lawatilah taman di Cameron ini kerana harga tiket di sini jauh lebih murah dari kebanyakan taman seumpamanya di Malaysia.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 7 | 4 |
Waktu Operasi
Waktu | |
---|---|
Isnin-Jumaat | 9 pg - 6 ptg |
Hujung Minggu | 9 pg - 7 mlm |