Taman Rekreasi Gunung Lang

Tarikan Percuma

Letih pandu kereta ke utara? Singgah berehat sekejap di Taman Rekreasi Gunung Lang dengan keluarga.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma tetapi bot ride adalah berbayar
Lokasi
Jalan Kuala Kangsar, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia

TEPI HIGHWAY

Tempat Bersantai

Taman Rekreasi ini sangat dekat dengan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan ke Ipoh.

Jadi kalau anda ada sedikit masa dan anak-anak sudah mula merengek bosan, apa kata regangkan sedikit otot dan ambil 30 minit untuk berehat di sini.

taman rekreasi gunung lang

taman rekreasi gunung lang

LAYAN TASIK

Kat Platform Kayu

Tempat ini sebenarnya satu taman rekreasi kecil yang santai.

Untuk anak-anak ada tempat permainan untuk mereka, dan untuk anda, ada bot yang boleh membawa anda merentas tasik ke tanah kecil di seberang tempat ini.

Untuk anak-anak yang kali pertama di sini, kalau tidak dapat menaiki bot, ikan-ikan bersaiz cukup besar di bawah platform kayu pun sudah sepatutnya menyeronokkan mereka.

PETTING ZOO

Binatang Kecil

Tempat ini juga ada petting zoo di kawasan yang dulunya merupakan tempat letak kereta yang lazimnya kosong.

Kalau setakat nak belai kucing, anab, itik dan angsa sampailah ke kuda, memang beres bang.

Yang berani, boleh layan belai ular juga.

Kalau nak layan petting zoo dan main air sekali, boleh skip ini, dan pergi terus ke Lost World.

taman rekreasi gunung lang

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Taman Rekreasi Gunung Lang Taman Rekreasi Gunung Lang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)