Tentang Tarikan Ini :
Buat anda yang nak tenangkan kepala, ini tempatnya. Lagipun cuma 40 minit berkereta dari bandaraya.
Udara memang nyaman, bunyi air buat tenang dan sungainya panjang untuk dilayan.
Paras airnya pun sesuai untuk anak dan anda mandi.
Yang kami suka kat sini ialah parking besar.
Senang nak datang ramai-ramai dengan keluarga.
Dan untuk keluarga, anda boleh berkereta masuk ke kawasan dalam dan letak kereta di tepi sungai.
Sesuailah kalau anda yang bawa banyak barang, nak buka khemah dan buat BBQ.
Cuma keadaan tandas kat sini belum lagi tahap antarabangsa atau kat Jepun sana.
Lagi-lagi zone 3 ke atas.
Bermalam
Kalau anda nak bermalam kat area ini boleh.
Kat sini ada Congkak Eco Resort.
Ia ada chalet-chalet kayu dengan attached bathroom untuk anda dan keluarga.
Tapi untuk yang muda remaja, dorm dan tapak khemah pun tersedia untuk disewa.
Tak kisah berbelanja? Penginapan yang lebih mewah ada.
Boleh tidur dengan keluarga kat Kasturi Kabin. Ia ada di pesisir hutan rekreasi ini.
Panjat Bukit
Kalau sudah berkhemah, ada kemungkinan anda nak lebih dari mandi kat sungai.
Dekat dengan kawasan ini ada Bukit Batu Kumbang dan Bukit Chenuang.
Kedua-duanya boleh didaki. Tapi dapatkan permit jabatan hutan terlebih dahulu.
Flying Fox
Kalau nak rasa flying fox dalam hutan pun senang.
Ambil saja mana-mana pakej Skytrek Sg Congkak.
Tips
- Anda dinasihatkan tidak datang pada musim hujan. Kepala air mungkin berlaku. Ada kematian direkodkan di sini (tahun 2018) akibat fenomena kepala air.
- Kalau air tiba-tiba deras,keruh, atau ada ranting-ranting patah secara tiba-tiba, tinggalkan kawasan sungai dengan serta merta. Ia antara tanda awal kepala air bakal tiba.
- Dan tolong jangan basuh kereta. Kasihan pada orang lain di bawah sungai yang bakal mandi dengan air kereta dan tayar anda.
- Datang awal. Sebaik-baiknya hari biasa supaya senang ambil spot.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8:30 pg – 6:30 ptg
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak - Kanak (RM) |
---|---|---|
Tiket Masuk | 2 | 1 |
Kereta | 15/kereta | |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |