Tentang Tarikan Ini :
Ini satu lagi port untuk berendam layan sungai di Selangor.
Untuk orang dewasa berendam berenang memang Sungai Tekala ini kurang sesuai.
Tapi anak yang pertama kali layan sungai mungkin seronok. Sebab paras air kat sungai ini dalam paras pinggang mereka sahaja.
Kalau anda nak dapat kawasan lebih dalam, anda kena cergas.
Sebab kena naik tangga ke kawasan lebih atas.
Kawasan kat atas pun kurang orang, kurang monyet dan lebih sunyi untuk anda layan suasana hutan ini.
Seperti kebanyakan hutan rekreasi Malaysia, tandas dan tempat persalinan ada.
Cuma keadaannya, ala kadar saja.
Beza Sungai Tekala vs Sungai Congkak
Kedua-dua Sungai Tekala dan Congkak cuma dalam 30km dari satu sama lain.
Beza di Tekala dan di Sungai Congkak ialah di kawasan sungai Congkak, anda boleh bawa kereta masuk ke kawasan dalam.
Kat Sungai Tekala, anda letak kereta di luar. Kemudian jalan kaki masuk ke kawasan sungai.
Kalau anda suka berkemah, ber BBQ dan nak letak kereta tepi sungai, Sungai Congkak lebih sesuai.
Tips
- Nak rasa air panas pula? Singgah kat Kolam Air Panas Sungai Lalang tak jauh dari sini.
- Dalam 20km dari sini ada air terjun Gabai. Tempat ini lebih ngam untuk orang muda yang suka air terjun. Tapi jalan nak ke Gabai sempit dan lebih sesuai untuk motor dari kereta.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak - Kanak (RM) |
---|---|---|
Tiket Masuk | 2 | 1 |
Kereta | 3/kereta | |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024 |