Tips Pengunjung
Cuma di sebabkan kawasan ini besar, pakai kasut selesa.
Lagipun sebab ia berbukit, kena ada grip kasut yang anda pakai itu.
Satu lagi, jangan datang waktu matahari baru nak naik. Kalau pukul 11 baru nak datang, panas tu kak!
Sediakan topi, sebab banyak kawasannya yang lapang. Jadi walaupun gayanya macam di Eropah, cuacanya enggak bu!
Aktiviti
Selalunya Taman Saujana Hijau ini bukan sahaja tempat berjoging, tapi ramai yang datang sini untuk sessi fotografi.
Jadi jangan terkejut kalau yang ramai kat sini cantik-cantik belaka pakaiannya, dan tak ada gaya nak berpeluh hilangnya lemaknya.
Disebabkan suasananya, ada yang berpiknik di sini dengan kawan-kawan atau family.
Sebab bukan sahaja boleh makan santai-santai, peluang bergambar pun banyak.
Untuk raja sehari kat sini pun best buat gambar wedding untuk memori.
Yang penting, tolong kemas makanan, kutip sampah dan kemas semula tempat bergambar macam anda datang tadi.
Alternatif Lain
Kalau belum cukup gambar ala luar negeri kat sini, boleh jenguk Moroccan Pavillion untuk posing lagi sesama sendiri.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 7 pg – 7 mlm
Review
Jadi yang pertama beri review