Jika anda meminati seni rekabentuk serta kebudayaan Islam, serta tidak kisah dengan harga tiket yang tinggi, taman ini mungkin tempat bersiar-siar yang sesuai untuk anda.
Di kawasan ini terdapat 21 buah monumen yang dibina mengikut skala dari 1:1.7 hingga 1:22 berbanding dengan saiz bangunan asal. Hampir 70% proses pembinaan adalah hasil air tangan anak tempatan, dan hanya sedikit sahaja yang menggunakan kepakaran luar negara.
Ini adalah monumen-monumen dan masjid yang boleh anda jumpa di sini:-
1. Masjid Abu Nasr Pasra dari Afghanistan
2. Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi
3. Masjidil Haram dari Arab Saudi
4. Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei
5. Masjid Xian dari China
6. Taj Mahal dari India
7. Masjid Kuddus Mina dari Indonesia
8. Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran
9. Masjid Besar Samara dari Iraq
10. Masjid Negara dari Malaysia
11. Masjid Mohamed Ali dari Mesir
12. Masjid Besar Agadez dari Nigeria
13. Masjid Badashi dari Pakistan
14. Kusah As Sakhra dari Palestine
15. Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Russia
16. Masjid Al Hambra dari Sepanyol
17. Masjid Alepo Citadel dari Syria
18. Masjid Pusat Petani dari Thailand
19. Masjid Qairawan dari Tunisia
20. Tugu Kompleks Suleyman dari Turki
21. Menara Kalyan dai Uzbekistan
Naik River Cruise
Dan disebabkan kawasan ini dah dekat dengan air, ia juga ada 2 jenis river cruise yang boleh anda naik. Satu jenis yang cuma ronda kawasan ini dan satu lagi dengan hi-tea.
Nota Pengunjung
Sebenarnya kawasan ini terbahagi kepada dua bahagian utama –iaitu zon awam dan zon taman monumen.
Di zon awam anda tidak perlu membayar tiket, dan anda boleh melawat ke Masjid Kristal. Anda hanya perlu membayar tiket jika anda ingin ke taman monumen.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket Masuk | 20 | 16 |
River Cruise | 20 | 16 |
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 10pg – 7mlm
Jumaat, Hujung Minggu & Cuti : 9pg – 7mlm