Tentang Tarikan Ini :
Kalau KL ada jambatan Saloma, Shah Alam ada jambatan Elmina.
Dan kalau yang Saloma masa cantiknya bila lampu malamnya sudah menyala, yang kat Elmina boleh datang sepanjang matahari ada.
Suka jogging? Tempat ini memang boleh cuba. Sebab ia luas.
Memang saujana mata kat areanya.
Saiz trek nak berlari dan berjalan pun lebar dari taman-taman lama kat Malaysia.
Ini Taman Apa
Ini sebenarnya kawasan taman dalam bandar Sime Darby yang baru.
Dan untuk buat popular, jambatannya dibuat lebih lawa dan unik dari biasa.
Supaya jadi tempat bergambar orang muda — macam kat Ardence Labs sana.
Tasik dalam taman ini pun bukan sekadar tasik biasa. Ia tempat tebatan banjir.
Jadi kalaulah air hujan sudah mula tak berhenti-henti berhari-hari, kat sini lah tempat air itu dialirkan.
Tips
- Kawasan Elmina ini sebenarnya ada 2 jambatan. Jarak antara keduanya dalam 15 minit jalan kaki. Tapi jambatan merentas jalan besar yang popular sekali.
- Setahu kami tak ada tandas di kawasan ini. Kedai juga tiada. Jadi siapkan air mineral dan pergi tandas awal sebelum tiba. Cuma kalau nasib baik ada food truck singgah kat sini masa anak sudah menggelupur dahaga.
- Sila bawa topi. Sebab ia besar dan pokok yang ditanam masih kecil, tempat ini panas. Datang awal pagi (bawah 8:30pg) atau lepas Asar.
- Bila malam, jambatannya ada lampu. Tapi mungkin tak cukup terang untuk bergambar kalau pakai telefon biasa.
- Menjelang petang, selalunya ada scooter, basikal yang tersedia untuk disewa.