AMBIL ANGIN
Terbesar di Msia
Taman ini sebenarnya adalah bekas kawasan lombong bijih timah di waktu zaman British dan ditukar menjadi taman awam pertama di Malaysia pada tahun 1880.
Bukan itu saja, tetapi dengan keluasan 64 hektar, taman ini juga adalah taman terbesar di Malaysia.
Sedihnya, tidak banyak aktiviti yang boleh anda buat di sini. Tetapi, jika anda cuma mahu bersiar-siar, taman yang dipenuhi dengan pohon angsana dan 10 tasik ini adalah tempat tepat untuk anda mengambil angin petang.


SEKITAR KAWASAN
Tarikan Lain
Di taman ini juga terdapat rumah-rumah zaman kolonial yang menempatkan rumah Setiausaha kepada Residen.
Selain itu, taman ini juga menempatkan Zoo Taiping dan hampir dengan Bukit Larut.
Review
Jadi yang pertama beri review