Isi Kandungan :
Resort ini dekat dengan tol Simpang Ampat Melaka.
Jadi ia jauh dari tarikan lain di bandar Melaka.
Tapi kalau hangpa menginap kat sini, tarikan yang ada sudah cukup untuk memenuhkan hujung minggu semua orang.
Apa Ada Kat A Famosa Resort?
1. Taman Tema Air
Taman Tema Air di sini antara yang terbaik kat Melaka. Mungkin tidak sehebat Sunway Lagoon, tapi ia masih ada pantai buatan manusia. Luncur air sini pun 7 tingkat tinggi.
Dan selain slide air, di sini hangpa akan jumpa halangan air macam dalam Ninja Warrior — sesuai sangat kalau nak cabar kawan hangpa yang suka cakap besar.
Nota: Antara tempat lain untuk main air di Melaka termasuklah Bayou Lagoon, Gold Coast Melaka — kedua-duanya ada apartment untuk menginap, serta Melaka Wonderland.

Kredit : www.malacca.ws
2. Safari Wonderland
Kalau hangpa suka binatang, beli tiket masuk ke Safari Wonderland.
Hangpa bakal merasa naik jeep masuk ke kawasan harimau dan kawasan ala Afrika yang lengkap dengan macam-macam binatang.
Kalau kat zoo, depa duduk dalam sangkar. Kat sini, hangpa pula duduk dalam sangkar bergerak. Bintang ini pula yang bakal tengok hangpa.
Sebelum masuk Safari, hangpa akan lalu kawasan mini zoo dan petting zoo. Kalau hangpa tak kisah dengan binatang-bintang yang wangi semerbak, hangpa boleh belai binatang yang ada — dari arnab sampai kambing gurun.

Kredit : eiza.blogspot.my
Kat Safari Wonderland, ada juga pertunjukan haiwan. Tapi lagi seronok dari kebanyakan pertunjukan haiwan kat mana-mana zoo Malaysia. Sebab kat sini, ada pertunjukan gajah.
3. Bandar Koboi
Kat A Famosa Resort, ada juga kawasan dunia koboi. Siap dengan Red Indian jelir lidah dan bangunan Wild West di keliling hangpa.
Kat sini, hangpa boleh layan bowling, masuk taman tema kanak-kanak, tengok pertunjukan bunga api dan duduk tonton pertunjukan wayang 4D.
Belum cukup? Jangan lupa duduk tengok pertunjukan lagak ngeri koboi dan perarakan karnival ala parti jalanan sampai tengah malam.
Penginapan
Kalau nak tidur di sini, tiada masalah. Ada bilik untuk hangpa sewa.
Walaubagaimanapun, kalau hangpa nak tempah hotel di luar dan masuk hanya untuk ke taman-taman temanya pun boleh.
Harga Tiket
Tarikan | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Isnin-Jumaat | ||
Safari Wonderland | 48 | 35 |
Beli Tiket Diskaun Safari | ||
Waterpark | 35 | 29 |
Beli Tiket Diskaun Waterpark | ||
Hujung Minggu | ||
Safari Wonderland | 53 | 39 |
Beli Tiket Diskaun Safari | ||
Waterpark | 40 | 35 |
Beli Tiket Diskaun Waterpark |
Beli Tiket Online
Harga Tiket Pelancong Asing
Tarikan | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Isnin-Jumaat | ||
Safari Wonderland | 123 | 111 |
Taman Tema Air | 160 | 139 |
Hujung Minggu | ||
Safari Wonderland | 168 | 152 |
Taman Tema Air | 213 | 192 |
Tarikan Berdekatan
Ada 2 tarikan yang dalam jarak 10 – 20 km dari A Famosa Resort. Yang pertama ialah tempat shopping A Famosa Freeport. Dan yang kedua, Kolam Air Panas Gadek.
Perhatian Penting
1. Waktu operasi setiap tarikan berbeza. Rujuk laman web rasminya untuk waktu tepat
2. Taman tema air ditutup setiap Selasa (kecuali pada cuti umum & cuti sekolah)
JomJalan Seluruh Melaka
Peta ke A Famosa Resort

Kredit : humairahadi.blogspot.my