Isi Kandungan :
Dibuka pada pertengahan 2013, taman tema Escape Penang ada 17 tarikan. Bukan sahaja anda boleh balik ke zaman budak-budak, tapi boleh rasa masuk slide dalam slide air paling panjang dalam dunia.
Dan jangan tak tahu, sekarang, ia antara taman tema paling hebat kat Malaysia.
Kat Escape, anda boleh panjat pokok, meneroka terowong, berlumba dengan tiub dan “terbang” kat udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap.
Kalau anda datang dengan anak-anak yang tidak pandai memanjat, tak mengapa. Ada juga tempat mereka bermain di dalam bilik yang berwarna-warni.
Rumah Rehat Pokok
Bestnya, kalau anda mahu berehat, anda boleh sewa rumah pokok di sini. Bukan apa, jika anda dan anak-anak hanya biasa menghadap iPad, Escape bakal buat anda termengah-mengah. Air minum dan tempat berehat itu wajib.
Suasana kampung
Di sini ada ayam-ayam katik berkeliaran di sebalik pokok dan sayur kampung. Kata taukeh Escape, ini buat menambah efek, supaya tempat ini jadi ala kampung Malaysia masa beliau kecil dulu.
Janganlah pula anda bawa balik sayur dan ayam ini sudahlah.
Taman Air Escape!
Dulu Escape cuma ada tempat memanjat. Sekarang, Escape sudah ada tempat untuk anda menjerit berjemaah kat kolam air.
Harga tiket yang anda bayar memang untuk masuk ke tempat bergayut dan juga taman air. Jadi memang satu hari suntuklah kat sini nanti.
Slide Air Terpanjang Dunia!
Slide air terpanjang dulu ada kat New Jersey, USA. Tapi secara rasminya pada 2019, takhta slide terpanjang dunia dah dirampas dek Escape Penang ini. Berapa panjang slide dia? Lebih 1 km abang Dolah oi!
Dan disebabkan jauh sangat, tempat mulanya mestilah jauh dan tinggi. Nak ke sini, anda akan naik kereta kabel. Jauhnya naik kereta kabel ini dalam jarak 4 padang bola. Kat situ pun dah terasa thrillnya.
Slide anda akan mula dari atas bukit, rentas jalan Teluk Bahang, lalu kawasan jambatan gantung sampailah ke penamatnya kat kawasan taman tema air Escape ini.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) | |
---|---|---|
Harga Tiket | 167 | 111 |
Beli Tiket Diskaun ESCAPE |
* kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma
Tiket Diskaun Escape Penang
Waktu Operasi
Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 10pg – 6ptg
Tarikan Berdekatan Escape Park
Sekitar kawasan Escape ini, anda juga boleh layan Entopia.
Kalau nak rasa hutan, boleh terus ke Taman Rimba Teluk Bahang. Boleh mandi air sungai atau ber piknik kat dalam itu.
Dan seperti biasa, dah sebab di Teluk Bahang, jangan lupa singgah ambil angin di Batu Feringghi atau layan pasarnya kalau anda tinggal sekitar kawasan ini.
Tropical Spice Garden juga dalam jarak 10 – 15 minit berkereta.
Dan oh, kalau anda duduk di KL, boleh juga rasa mini Escape di Paradigm Mall.