Isi Kandungan :
Taman Tema Lost World of Tambun, Ipoh ini memang ramai pengunjung kalau hujung minggu.
Kalau orang Selangor ada Sunway Lagoon, orang Ipoh pula berseronok dengan Lost World ini. Bezanya kawasan ini jauh lebih cantik dan hijaunya semulajadi.
Apa Ada Kat Lost World?
Taman Tema Air
Untuk yang suka mandi, ada kolam besar untuk anda semua berendam sepanjang hari. Kalau itu belum cukup, dapatkan pelampung dan masuk ke dalam sungai buatan di keliling taman tema ini.
Nak seronok lagi? Jom sama-sama naik slide air !
Petting Zoo
Kalau nak jumpa dan pegang binatang, kat sini pun boleh. Tak perlu masuk zoo.
Kat area petting zoo Lost World ini ada burung-burung jinak. Binatang lain pun boleh anda beri makan dari tapak tangan.
Hippo Kingdom, Giraffe & Friends
Dan untuk yang nak tengok binatang yang kat Afrika, macam badak dan zirafah, kat sini pun ada.
Dan yang bestnya, untuk badak, memang boleh tengok dekat sebab ada kawasan kaca yang boleh anda duduk tengok dia berendam bersahaja.
Taman Tema Ria / Rides
Untuk yang tak mahu mandi sebab malas nak basah, boleh cuba naik rides yang ada kat sini.
Ada rollercoaster yang simple, dan ada buaian dan juga kapal lanun yang buat jantung rasa hilang sekejap.
Cuma jangan makan sebelum naik. Takut semua nanti terkeluar balik.
Kolam Air Panas Hot Spring
Lost World Tambun juga ada 2,3 kolam air panas. Jaga anak-anak. Takut-takut ada yang ingat semua kolam dalam tempat ini sama saja.
Melentik-lentik lah nanti kalau depa terus lompat masuk kolam sebab tak baca signboard.
Kalau anda rasa siang memang tidak praktikal untuk masuk ke kolam ini, datanglah pada waktu malam. Taman tema ini depa tutup. Cuma bahagian untuk kolam air panas depa buka.
Tapi sebab dah malam, kami nasihatkan anda tidur kat hotel yang dekat. Hotel yang dalam jarak jalan kaki ke sini tak lain ialah hotel Lost World of Tambun sendiri.
Apa Lagi Yang Ada Kat Sini ?
Selain slides air, Lost World juga ada harimau, kawasan ala-ala tempat membijih dan spa.
Dan kalau anda mahu datang untuk team building, tiada masalah. Anda boleh masuk ke terowong dengan air paras pinggang, pi panjat gunung batu kapur ataupun jerit masa merentas tasik dengan zipline.
Kos team building ini lain dari tiket masuk biasa.
Lost World of Tambun Waktu Malam
Bila dah masuk waktu malam, Lost World of Tambun masih dibuka. Tapi hanya untuk anda masuk ke kawasan kolam air panasnya dan layan show ala hutan yang ada.
Masa malam ini juga spa-spa kat dalam taman ini beroperasi. Kalau nak manjakan badan masa bercuti, atau dah letih main air siang tadi, boleh pujuk hubby datang masa ini.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak / Warga Emas (RM) | |
---|---|---|
Lost World of Tambun | ||
Warganegara | 85 | 77 |
Pelancong Asing | 117 | 110 |
Beli Tiket Diskaun Lost World | ||
Hot Spring (Malam) | ||
Warganegara | 64 | 55.50 |
Pelancong Asing | 75 | 66 |
Beli Tiket Diskaun Hot Spring |
Tiket Diskaun Lost World
Waktu Operasi
Tutup Selasa kecuali semasa cuti umum/sekolah
Lost World | Waktu Buka |
---|---|
Hari Biasa | 11pg – 6 ptg |
Hujung Minggu | 10pg – 6 ptg |
Hot Spring | Waktu Buka |
Hari Biasa | 6ptg - 11mlm |