Isi Kandungan :
Kawasan Taman Negara Tanjung Piai yang jaraknya 1 jam 20 minit memandu dari JB ini selalunya bukan tempat yang popular untuk keluarga. Yang datang kat sini selalunya rombongan sekolah, universiti atau kerajaan yang nak tengok kawasan paya bakau ini buat tambah ilmu sebenarnya.
Kawasan Tanjung Piai yang digazet sebagai Taman Negara saiznya lebih 900 hektar. Itu dalam 1/5 saiz seluruh Putrajaya.
Kawasan ini ada paya bakau dan ada kawasan laut berselut. Jadi kalau datang nak mandi-manda, ini bukan tempatnya melainkan anda komando Malaya.
Kawasan Tanjung Piai ini penting. Walaupun nampak macam tak ada apa-apa, kawasan inilah tempat burung-burung berhijrah berehat. Dan juga kawasan yang tahan kawasan tepi pantai daripada terhakis atau naik banjir.
Kalau tak ada kawasan begini, air laut akan masuk ke kawasan Tanjung Piai, dan buat kawasan pertanian penuh air masin. Habis mati pokok bang.
Apapun, kalau tak faham, kena tahu satu. Kawasan paya bakau perlu ada dan tak boleh kita hancurkan suka-suka.
3 Tarikan Paling Top Kat Johor
Dan walaupun bila datang kat sini, semua pokoknya nampak sama, kat sini sebenarnya ada 22 jenis pokok bakau berbeza.
Apa Boleh Buat Kat Tanjung Piai
Nak masuk kat dalam kawasan paya bakau boleh. Dan nak ke kawasan tepi laut pun ada platform. Tapi jangan harap laut biru ya sebab ini memang kawasan berselut.
Kalau hari cerah, dari platform boleh nampak Pulau Pisang, Indonesia.
Kawasan Paling Selatan Tanah Besar Asia
Tanjung Piai juga tempat yang paling hujung tanah besar Asia. Singapore tu tak kira sebab ia dah terpisah dari tanah besar.
Kalau dah ke sini, boleh lah bergambar kat kawasan arca yang tunjukkan anda dah sampai ke kawasan ini.
Waktu Operasi
Tutup Isnin
Selasa – Jumaat : 9pg – 5 ptg
Sabtu, Ahad : 9pg – 5:30 ptg
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 5 | 3 |
Pelancong Asing | 20 | 10 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 22 Sep 2021 |