tanjung tualang tin dredge

Kredit : suekamaruddin

Tanjung Tualang Tin Dredge

Nak tengok kapal korek bijih yang masih ada kat Msia? Ini tempatnya.

 Dewasa (RM)Kanak2 (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara1055
Pelancong Luar201010

Dari tepi jalan, kapal korek ini nampak macam bangunan terbengkalai. Tapi ini sebenarnya satu warisan sejarah Perak yang masih ada untuk tatapan generasi kini.

Kawasan Tanjung Tualang ini dulunya memang terkenal sebab adanya lombong bijih timah yang diusahakan dalam skala besar. Dan Perak bukan saja antara kawasan yang ada banyak lombong bijih timah di Malaysia, tapi sebenarnya di seluruh dunia.

tanjung tualang tin dredge dari dalam

Kredit : histourism

Dari sebab bijih timahlah ramai taukeh Cina yang kaya raya — bukan saja sebab lombongnya, tapi juga disebabkan bisnes tepinya (candu, pelacuran, kongsi gelap dan judi) yang terhasil dari berpusu-pusunya pendatang cina masuk ke Malaya.

Kapal korek ini, walaupun satu masa dulu gah dan menelan belanja berjuta, akhirnya ditinggalkan setelah harga timah dunia jatuh pada tahun 1982.

Tentang TT5

kapal korek tanjung tualangAda banyak kapal korek di lombong seluruh Malaya sewaktu kemuncaknya — dianggarkan lebih 100 biji.

Kapal yang ada kat sini diberi nama TT5 — atau Tanjung Tualang 5, disebabkan ia kapal korek ke-5 yang ada kat Tanjung Tualang. Kapal ini diimport dari London dengan harga sekitar 30 juta.

Nama timang-timangannya dulu — Monster of the Lake. Dan kilang atas lombong ini dari jauh memang rupa macam raksasa besi.

Satu masa dulu, anda memang tak boleh masuk ke dalam kapal korek yang tingginya 4 tingkat bangunan ini. Tapi sekarang, anda sudah dibenarkan masuk ke kawasan bawahnya.

Aktiviti Lain Kat TT5

taman sesat di kapal korek tanjung tualangSejak tempat ini dibaikpulih, kawasan TT5 ini telah ada tarikan lain. Salah satunya Taman Sesat bentuk hati yang diinspirasi dari Maze Park di Pulau Jeju Korea.

Bolehlah anda layan kawasan ini dan bergambar sekejap dengan anak isteri. Kalau nak belajar mendulang pun boleh. Tapi datanglah hujung minggu sebab aktiviti begini mungkin tak ada pengajarnya pada hari biasa.

Jarak Dari Ipoh

30 km.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak2 (RM)Warga Emas (RM)
Warganegara1055
Pelancong Luar201010

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9 pg – 6 ptg

Lawatan Berpemandu

Setiap 1 jam bermula dari 9.30 pagi