Tiket Tasik Cermin

RM4.00

Kalau Langkawi ada Tasik Dayang Bunting, Ipoh pula ada Tasik Cermin.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
45 – 90 min
Harga Tiket
Harga tiket masuk bermula dari RM 4
Lokasi
PT199635, Batu 4 1, 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak

Add to Cart
anatara tempat menarik di ipoh - tasik cermin dan bot ride
Tiket Tasik Cermin
RM4.00

BEKAS KUARI

Tasik Terpencil

Tasik cermin kat Gunung Rapat ini ialah tasik tersorok yang kelilingnya bukit batu kapur.

Dan dipanggil sebegitu disebabkan atas permukaan air, bayang bukit terpantul, seolah-olah ianya cermin.

Tapi warna air tasik bukanlah membiru.

Sebab ia bekas kuari yang tak lagi beroperasi.

Cuma specialnya, dari luar, tak siapa sangka ia wujud sebab lokasinya.

seorang crew sedang bergambar di dalam terowong menuju ke tasik cermin ipoh

sekumpulan gadis di atas platform tepi tasik cermin

LALU TEROWONG

Tasik di Hujung

Untuk ke tasik kecil ini, anda akan jalan kaki masuk terowong.

Tak jauh, dalam beberapa puluh meter.

Kat hujung terowong baru jumpa tasiknya.

Tiket Tasik Cermin

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara44
Pelancong Asing88
Boat Trip Tasik 12518
Boat Trip Tasik 22518
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Feb 2025

Aktiviti

Orang selalu datang untuk layan pemandangan dan bergambar.

Ada platform besi tepi tasik untuk wefie sama-sama.

Selain itu, tak ada aktiviti lain sebab kawasan tepi tasik terhad luasnya. Mandi pun tak boleh sebab ia di bawah klasifikasi tapak Geopark Kinta.

Tips Pelawat

  • Ambil perhatian yang tempat ini ada waktunya ditutup secara tiba-tiba. Bukan apa, ada waktunya platform di tepi tasik ini tenggelam sebab hujan lebat.
  • Jangan datang seorang diri. Selain anjing liar yang kadangkala berkeliaran, anda juga perlukan rakan kalau ada perkara tak diingini terjadi.
  • Disebabkan ia dalam area kuari yang dilalui lori, jalan ke sini tak berturap. Ia berlubang dan berbatu. Bersedia untuk kereta anda lalu jalan teruk sebegitu.
  • Bila hujung minggu, kawasan tasik ini sesak. Nak bergambar dan nak layan suasananya dengan aman, cuma angan-angan.
  • Kalau nak layan kawasan hampir sama suasananya, dengan tasik dan bukit batu kapur kat sekelilingnya, cuba Cultural Village.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Tiket Tasik Cermin Tiket Tasik Cermin
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)