Pakej Tasik Kenyir
tiada pakej tersedia buat masa ini
Aktiviti
Tasik kenyir menjanjikan banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Antaranya ialah:
Santuari Kelah di Sungai Petang
Santuari Kelah Sungai Petang adalah tempat pemuliharaan ikan kelah yang terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir.
Jarak perjalanan ke santuari ini dari Pengkalan Gawi mengambil masa 40 minit menggunakan bot laju.
Air Terjun
Antara tarikan utama juga di Tasik Kenyir adalah air terjun air terjun.
Ada 5 lokasi air terjun yang popular disini iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir adalah salah satu air terjun paling terkenal, kerana ketinggiannya mencecah 500 kaki.
Gua Bewah dan Gua Taat
Selain itu ada juga beberapa gua yang menjadi tarikan di Tasik Kenyir.
Antaranya Gua Bewah dan Gua Taat.
Di sini, para pengkaji sejarah telah menemui tinggalan sejarah dari zaman pra sejarah seperti rangka manusia, senjata dan peralatan memasak purba.
Gunung Gagau
Kalau anda suka mendaki, Gunung Gagau mungkin tempat sesuai untuk anda melepaskan ketagihan.
Apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Taman Herba di Pulau Sah Kecil
Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir.
Terletak di Pulau Sah Kecil, anda perlu menaiki bot laju selama 15 minit dari Pengkalan Gawi.
Tapi awas. Bersedialah dengan kasut yang baik kerana taman ini luasnya lebih 15 hektar, dan terdapat lebih 26,000 pokok herba untuk anda lihat dan kaji.
Memancing
Untuk kaki pancing, Tasik Kenyir adalah syurga ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang boleh dipancing disini adalah toman, baung, sebarau, sehinggalah kepada kelisa.
Dan lokasi terkenal kaki pancing adalah di kawasan Sungai Cacing, Sungai Tembat dan Sungai Leban.
Taman Burung
Taman Burung kat sini berkonsepkan langit terbuka tanpa jaring.
Anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung disini.
Berkhemah
Di Tasik Kenyir juga sesuai dijalankan aktivti perkhemahan. Berikut adalah beberapa tapak perkhemahan yang disediakan disini.
- Tapak perkhemahan Gunung Lawit
- Tapak Perkhemahan Pulau Poh
- Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
- Tapak Perkhemahan Lasir
- Tapak Perkhemahan Saok
- Tapak Perkhemahan Pulau Petang
- Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
- Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek
Sukan Air
Jika anda sukakan aktiviti lasak, atau sukan air, jangan risau.
Kat sini anda juga boleh menunggang jet ski, kayak, kenu, bersampan atau berakit.
Untuk menginap, anda boleh tidur di rumah bot.
Cara ke Tasik Kenyir
Jalan masuk ke Tasik Kenyir adalah melalui Pengkalan Gawi dan Jenagor.
Jika dari Kuala Lumpur, ikut panduan ini.
- Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km )
atau
- Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 km ) Gua Musang – Felda Aring – Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir ( kira -kira 159 km)
Tempat memang indah dan nyaman, suasana hutan yg riuh pikuk menjadi pelancong tasik kenyir seperti di sambut meriah oleh haiwan² disana.
We love it!!!!!!
Sangat tenang.. Jauh dri hiruk pikuk bndar…
Best sangat ii.. Nanti bleh pergi lagi.. Memang berbaloi.. Bnyak tempat ii menarik.. Antaranya taman santuari kelah..
Taman ni baru sahaja dibuka.. Dan kitaorang orang yang first sampai di sana.. Memang excited habis lah…. Walau perjalanan nak pergi ke taman tu sedikit jauh.. Tapi kami memang berpuas hatilah… Smpai jer tengok ikan.. Terus hilang penat… Best..
Anda semua… wajib pergi.. 😘😘
#kebahagiaanitumilikkmi❤
Tempat beriadah bersama family,tidak sesuai untuk orang tua,sebab bnyk menaiki bot,jungle tracking hampir 1.5 km.
Aktiviti melihat ikan kelah,mandi air terjun.masa bersama dan bermain ikan pon tak lama,hanya 30 minit diberikan,lmbt smpi dalam group,kena tinggal sebab group lain masuk.
Sedih sngt sebab tak smpi 10 minit baru tiba ,dah kena balik semula,sebab group lain masuk.air terjun boleh lah,sejuk.tapi dah penat berjalan,berendam jer dlm air.tapi kena berhati2 sebab batu licin,setiap lawatan naik bot dlm 40 hingga 30 minit ikut keadaan cuaca.
Angin kuat kadang2 terasa bot melayang,ada menyediakan sewa bot besar, siap penginapan 1 MLM untuk kaki pancing disini.