Tentang Tarikan Ini :
Menariknya, di kawasan ini anda boleh turun ke kawasan padi dan beramah mesra serta bergambar bersama petani di sini.
Walaubagaimanapun, sebagai tanda menghormati tanah mereka, pengunjung ke Tegallalang biasanya memberi sedikit wang kepada petani-petani di sini jika mahu bergambar atau menggunakan alatan mereka sebagai ‘prop’.
Jika anda tidak berminat untuk turun bergambar, anda boleh berehat di kafe di pinggir jalan sambil menghirup kopi panas serta melihat lautan manusia lain turun ke sawah dengan diselubungi udara sejuk Bali.
Tip Pengunjung
Jika anda tidak mahu bersesak dengan pengunjung lain, datang awal pagi (sebelum 10 pagi) dan elakkan dari datang pada hujung minggu.
Di kawasan ini juga terdapat kawasan jualan kraf, cenderamata dan lukisan.
Pakai kasut yang sesuai. Kawasan ini licin terutama pada musim hujan.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 8pg – 6 ptg (kecuali pada hari Nyepi)
Tiket Masuk
Rupiah [currency base=”IDR”]6000[/currency]
Kredit : Sam Sherratt, Aussie Assault