Isi Kandungan :
Tegudon Tourism Village ini tempat berkhemah dengan pemandangan sawah dan panorama Gunung Kinabalu.
Kalau anda jenis sukakan outdoor, dan nak berkhemah masa cuti kat Sabah, Tegudon menjanjikan tempat berkhemah yang tenang dan selesa.

Kredit : beathology
Dan yang paling penting untuk orang yang sukakan alam semulajadi, bila waktu malam anda akan dapat tengok bintang bintang-bintang kat langit. Bila pagi dan senja anda dapat tengok pemandangan cantik Gunung Kinabalu.
Senang cerita, memang banyak peluang untuk bergambar kat sini. Dan kalau tempat lain anda perlu masuk keluar hutan untuk berkhemah, dekat sini tak perlu penat penat.
Tapak perkhemahan anda dekat, dan sungai pun cetek sahaja. Ideal sangat untuk para beginner, dan tempat member-member nak lepas santai bersama.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket Masuk | ||
Warganegara | 3 | 1 |
Pelancong Asing | 7 | 3 |
Yuran Berkhemah | ||
Warganegara | 7 | 3 |
Pelancong Asing | 13 | 7 |
Cara Ke Sini
Tegudon Village ini letaknya kat kawasan Kota Belud, dalam 90 km dari Kota Kinabalu. Jarak perjalanan dalam 2 jam. Sebaiknya sediakan kenderaan sendiri.
Tips
- Tanya pihak Tegudon Tourism Village kalau waktu anda datang itu waktu sawah menghijau atau baru habis dituai. Sebab kalau anda betul nak pemandangan lawa, masa selepas sawah dituai memang tak cantik, dan mungkin ada pembakaran terbuka.
- Kat tempat ini ada disediakan bilik air dan tempat mandi.