KENANGAN
Lokasi Bergambar
Kalau anda dalam perjalanan nak ke Cable Car, singgah sekejap kat Telaga Harbour kalau nak bergambar.
Sebab kawasan pelabuhan kecil ini memang cantik untuk dua tiga selfie.
Tempat ini tempat orang kaya dengan kapal-kapal persendirian berlabuh.
Tapi untuk kita yang hanya mampu naik Myvi, tak perlu ketap gigi.
Kat Telaga Harbour juga ada restoran untuk duduk makan bersarapan atau minum petang sambil tengok kapal-kapal ini berlabuh.


PORT SANTAI
2 Lokasi
Kat Telaga Harbour ini selalunya orang pergi ke Petronas Quay ataupun Perdana Quay.
Untuk kawasan yang lebih banyak tempat makan, boleh ke Perdana Quay.
Tapi disebabkan kawasan ini untuk orang kaya parking bot, jangan tersedak tengok harga menunya.
PELABUHAN
Pulau Lain & Siam
Untuk ke pulau Paradise 101, bertolak dengan bot dari sini.
Kalau nak ke Koh Lipe Thailand dari Langkawi, selain kat jeti Kuah, kat Telaga Harbour ini jugalah tempat mengambil bot lajunya.
Koh Lipe tak jauh dari sini, cuma 40 km (dalam 1 jam 30 minit).
Kalau nak ke Koh Lipe, jangan lupa bawa passport. Dan ingat, yang bulan Mei – Oktober, musim ombak besar. Rancang timing cuti elok-elok.
