Teluk Sengat Crocodile World

RM10.00

Nak tengok buaya kat Kota Tinggi? Jom tengok buaya pusaka yang diturunkan dari satu generasi ke generasi.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 10 dewasa dan RM 6 kanak-kanak utk hari biasa
Lokasi
Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, 81920, Ayer Tawar 2, Johor

Add to Cart
teluk sengat croc farm
Teluk Sengat Crocodile World
RM10.00

SUDAH LAMA

Pakar Buaya

Kat Teluk Sengat Crocodile Farm ini anda boleh jumpa Crocodile Hunter Malaysia.

Kalau ladang lain ada lembu dan kambing, tempat ini pula tempat pembelaan buaya.

Dan ada buaya yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain, sehingga buaya-buaya tua ini pun sangat tua dan tak lagi bergigi.

teluk sengat crocodile world

teluk sengat crocodile world

PUSAT PELIHARAAN

Pelbagai Saiz & Umur

Jumlah buaya dalam Teluk Sengat Crocodile Farm ini ada lebih 1000 ekor.

Dan anda bakal tengok bermacam jenis dan saiz buaya. Ada yang sihat, ada yang sakit, dan macam manusia, ada juga yang kurang upaya.

Yang respeknya, tempat ini bersih dan tak berbau busuk walaupun jumlah buaya yang ada sangat besar.

Tiket Crocodile World

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara106
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 9 Jan 2024

Aktiviti

Untuk yang nak layan aksi buaya makan, boleh beli ayam kat sini. 

Harga untuk 3 ekor ayam dalam RM 20. Boleh campak kat buaya dan tengok aksi mereka. 

Kalau nak tengok anda hebat atau tidak berenang, boleh cuba terjun dalam kolam 🤣. 

Kalau taman buaya Langkawi ada beg dan tali pinggang yang dibuat dari kulit buaya, kat sini ada sate, telur dengan sup buaya. 

Tapi ini memang khas untuk non muslim, sebab orang Islam mana lah boleh makan daging binatang dua alam ini bang.

Cara Ke Sini

Apapun, tempat ini agak terpencil dari jalan besar.

Jadi payah kalau datang dengan bas atau Grab.

Dan mungkin tak berbaloi singgah kalau anda datang semata-mata nak tengok buaya.

Tapi kalau anda dalam kawasan ini, dan mahu singgah boleh saja.

Waktu Operasi

Setiap Hari: 9 pg – 7:30 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Teluk Sengat Crocodile World Teluk Sengat Crocodile World
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)