Isi Kandungan :
Anda mungkin keliru dengan nama muzium dan harga tiketnya yang mahal. Sebenarnya, The Borneo House Museum ini lebih kepada mirip kepada galeri lukisan 3D yang ada kat tempat lain dalam Malaysia.
Cuba bezanya kalau galeri 3D lain macam di Melaka atau Langkawi hanya ada lukisan 3D untuk anda berposing, kat sini mereka ada makanan Sarawak saiz gergasi, macam kat muzium Wonderfood Penang. Tapi tujuannya masih sama, untuk anda tangkap gambar dan gelak bersama-sama.
Kalau anda nak beraksi konon-konon anda berniaga tepi jalan pun boleh. Prop semua lengkap. Selebihnya terpulang kepada gaya anda.
Apa pun macam galeri 3D lain jangan datang seorang diri. Siapa nak snap gambar anda cik Mona oi?
Dan untuk abang Fendi dan Kak Leha yang bila bergambar pun menyorok belakang batu tak payahlah buang duit datang ke sini. Duit tu pi belanja makan laksa Sarawak, lebih baik.
Harga Tiket
Harga Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 19 | 15 |
Pelancong Luar | 29 | 25 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 23 Jan 2021 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 6 pm
Kemasukan terakhir : 5 ptg