red dot design museum echibits

Red Dot Design Museum

Suka lihat rekaan baru? Jenguk Muzium Red Dot untuk tengok rekaan kontemporari seluruh dunia.

Di muzium kontemporari pertama Asia ini anda bakal melihat lebih 1,000 rekaan yang telah memenangi anugerah Red Dot, iaitu anugerah rekaan terbesar di dunia. Rekaan yang bakal anda saksikan adalah terdiri dari rekaan gaya produk dan rekaan komunikasi dari lebih 55 negara.

red dot design museum

Boleh dilawati dengan mudah melalui MRT Tanjung Pagar, ia cukup sesuai untuk mereka yang meminati bidang rekaan, pengiklanan, seni kreatif masa kini.

Jika anda sudah letih kembali ke zaman dahulu di kebanyakan muzium lain, muzium ini bakal membawakan kepada anda rekaan dunia nyata dan dunia akan datang. Pendek kata, barangan yang and lihat di sini memang cukup menarik untuk dijadikan sumber inspirasi.

Tapi kalau muzium ini belum cukup beri inspirasi, boleh layan Artscience untuk beri lebih inspirasi.

red dot funky exhibits

 

Harga Tiket

Bayar ikut bajet anda. Tapi SGD 8 minima untuk pelancong luar.

Waktu Operasi

Tutup Rabu, Khamis
Isnin, Selasa, Jumaat : 11:00 pg ke 6:00 ptg
Hujung Minggu : 11:00 pg ke 8:00 mlm

Teroka Singapora

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore