The Grand Bazaar

Selamat datang ke pasar berbumbung tertua di dunia. Jangan lupa pegang tangan anak anda erat-erat.

tempat menarik wajib di istanbul - the grand bazaar turki

Pasar sebesar 54,000 meter persegi ini mempunyai 56 lorong yang bersambung antara satu sama lain menjadikan ia seperti satu lorong teka-teki yang mengelirukan. Di sini juga ada lebih 4,000 kedai untuk anda lawati — jadi jangan leka membeli sehingga sampai kehilangan anak anda di sini.

Terletak hanya 15 minit dari Masjid Biru, bazaar yang menerima sekitar 400,000 pengunjung sehari ini telah mengalami pembinaan semula di beberapa kawasannya akibat gempa bumi pada 1894. Sebelum itu ia mempunyai sekolah, telaga, 5 masjid dan kawasan kolam untuk wuduk. Kini hanya sebilangan kecil sahaja dari binaan tersebut yang masih tinggal.

Apa Yang Dijual Di Sini?

Terlalu banyak barangan yang dijual di sini — dari jam berukir dengan seni kaligrafi Islam dan manisan Turkish Delight hinggalah kepada baju dan kasut.

Tips Pengunjung

Harga barangan di sini memang terkenal jauh lebih tinggi dari di luar kerana ia antara tempat tumpuan pelancong. Pastikan anda tahu harga pasaran sesuatu barang yang hendak dibeli dan asah kemahiran tawar menawar sebelum datang ke sini.

Jika tidakpun, datang ke sini untuk melihat-lihat dan simpan sahaja duit and di poket itu.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 9 pagi – 7:00 malam

Harga Tiket

Percuma

 

Kredit : Spirosk, Laszo Ilyes, Alex Berger, CC Chapman