Isi Kandungan :
The Habitat ini taman hutan dengan fasiliti dan pemandangan kelas dunia.
Dan ia ada beberapa taman hutan bersama dengan kawasan pemerhati yang cukup mengagumkan. Kalau anda ada duit, dan mahu bersiar-siar di tempat sejuk dengan pemandangan hijau pulau ini, The Habitat memang tempatnya.
Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, sayangnya The Habitat bukan murah. Harga nak berjalan di atas jambatan Tree Top Walk-nya kurang sedikit dari Rainbow Skywalk Komtar.
Satu lagi, ini memang untuk orang yang cergas. Sebab anda bakal berjalan, dan berjalan, dan berjalan.
Jadi kalau sudah berkesempatan ke sini, layan puas-puas ya?
Curtis Crest Tree Top Walk
Ini tarikan utama The Habitat. Semasa zaman lanun East India menjajah Pulau Pinang, kawasan tinggi ini dijadikan tempat depa perhati kapal musuh.
Sekarang, platform tinggi Tree Top Walk dibuat khusus untuk anda layan pemandangan Penang sampailah ke Langkawi.
Kalau anda mahu view cantik untuk bergambar, ini tempatnya.
Langur Walk
Untuk ke Curtis Crest Tree Top Walk, anda akan lalu jambatan kanopi yang dipanggil Langur Walk.
Namanya begitu sebab dari jambatan ini anda boleh nampak monyet-monyet Langur. Ada kat pokok, ada yang bertenggek kat jambatan sahaja.
Kalau anda jarang masuk hutan, kat sini pun dah rasa thrillnya sebab jambatan ini dah macam jalan dari puncak pokok ke pokok lain.
Ada dek perhentian untuk anda ambil angin dan tengok view. Pemandangan anda dari sini boleh sampai ke Kedah dan laut Andaman.
Flight of the Colugo
Untuk anda yang nak merasa zip line kat dalam hutan tua Penang ini boleh beli tiket yang lebih mahal dari biasa, yang siap ada Flight of the Colugo.
Dalam aktiviti ini, anda akan layan 5 zipline, 1 abseiling turun dari pokok dan akan lalu 1 ropewalk. Tapi pakej ini terhad untuk 8 orang satu trip, dan harganya dalam 3 kali ganda harga tiket biasa.
Tarikan Berdekatan
Disebabkan nak ke sini anda perlu ke Bukit Bendera, maka ini tarikan berdekatan The Habitat yang pertama.
Dan kalau dah alang-alang di Bukit Bendera, boleh juga singgah Muzium Burung Hantu dan Muzium Kamera di atas bukit.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | Family (2 dewasa + 2 Kanak-kanak) | |
---|---|---|---|
Tiket Biasa | 55 | 35 | 145 |
Beli Tiket Diskaun The Habitat | |||
Tiket Biasa + Jurupandu | 85 | 55 | 225 |
Tiket Senja + Jurupandu | 95 | 65 | 255 |
Tiket Biasa + Flight of the Colugo | 160 | 140 | 460 |
Tawaran Tiket Diskaun
Waktu Operasi
Tutup Rabu
Khamis – Selasa : 9:30pg – 5 ptg*
* The Habitat dibuka selepas pukul 5 hanya utk pakej senja.
Cara Ke Sini
Ada 3 cara ke The Habitat
1. Cara Biasa : Naik kereta kabel Bukit Bendera. Jalan terus sampai ke pintu masuk The Habitat.
2. Cara Orang Cergas : Jalan kaki rentas masuk denai dari Botanical Garden. Masa diambil – 2 jam.
3. Cara Orang Kaya Ekstrim: Naik jeep peribadi 4WD dari Botanical Garden.