RUMAH LAMA
Nostalgia Zaman Perang
Ini tempat anda boleh tengok telefon lama, radio lama sampailah ke bekas rokok lama.
Rokok dulunya bukan dalam kotak, tapi dalam bekas tin.
Rokok ini pula boleh dibeli sebatang-sebatang oleh budak kecil yang masih hisap puting (tapi untuk bapanya lah ye?).


8 SEKSYEN
Kawasan Scenario
Ada 8 bahagian di sini muzium kecil 2 tingkat ini.
Ada kedai gunting rambut yang semuanya manual (dengan mesin trim tangan yang bunyi ketak, ketak), kedai sinseh Cina sampailah ke ruang tamu rumah dulu yang siap dengan perabot rotan.
Tempat ini terasa macam muzium pun ya, tempat barang antik pun ya. Garaj lama tanpa sawang pun ya.
RAKAMAN SEJARAH
Generasi Muda
Apapun, tempat ini memang tarikan Melaka yang wajib tuju.
Terutamanya kalau anda datang dengan anak yang kuat mengamuk bila WIFI hilang walaupun sekejap.
Yang tak tahu susah payah, dan tidak merasa hidup zaman perang.
Agar melihat sendiri bezanya dulu dan sekarang.
