The Orang Utan House

Tarikan Percuma

Suka seni? Boleh beli seni atas t-shirt kat tempat ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
59 Lorong Hang Jebat, Melaka 75200, Malaysia

ORANG UTAN

Mural Dinding

Bangunan dengan mural orang utan besar ini memang nampak jelas kalau anda berjalan sekitar Jonker Walk.

Tapi tak ramai yang tahu ia sebenarnya sebuah galeri seni seorang pelukis ternama tempatan, Charles Cham.

the orang utan house

the orang utan house

GALERI

Seni & Shopping

Cham mengubahsuai bangunan kongsi Cina lama ini dengan mural orang utan besar yang boleh anda nampak dari jauh.

Dan pada 1992, galerinya dibuka sehingga menjadi antara bangunan yang paling menarik di Melaka.

BARANGAN DEWASA

Kontroversi

Galeri seni ini ada t-shirt dengan hasil seni Cham yang boleh anda beli. Kebanyakannya seni ala Malaysia.

Dan dah nama pun karya seni, harga t-shirt cottonnya tak murah.

Kalau ke sini, jalan kaki cara terbaik. Parking susah bang oi!

the orang utan house

Charles Cham

Pelukis kelahiran Melaka ini mula melukis sejak berumur 5 tahun.

Menurutnya, dia terinspirasi dari filem pertama yang ditontonnya, yang ceritanya berkisar tentang pelukis, yang lukisannya jadi hidup.

Dari situ, Cham melukis potret pertamanya. Katanya di atas lantai, menggunakan tepung memasak ibunya.

Pernah tinggal di Perancis, Budapest dan New York, karya Cham lebih terkenal di luar negara berbanding Malaysia.

Berbeza dengan pelukis lain yang gemar melukis gambar panorama (jika mereka ada premis di kawasan tarikan pelancong), Cham lebih berminat dengan gaya ala Picasso dan diolah seperti lukisan primitif di dinding gua.

Dan disebabkan ada ekspresinya yang melanggar norma orang Timur, karyanya ada dikritik hebat, seperti karyanya di lobi hotel yang pernah diconteng kerana memaparkan gambaran alat sulit.

Disebabkan ini juga, kami tak sarankan anda pergi dengan anak kecil.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
The Orang Utan House The Orang Utan House
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)