The Rift

RM36.00

Jom main Virtual Reality (VR) puas-puas kat dalam taman tema VR terbesar dalam Asia Tenggara.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 45 min
Penting
Tarikan ini telah ditutup pada. Maklumat di bawah hanya utk rujukan
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 36
Lokasi
MidValley Mega Mall, Jln Syed Putra, Kuala Lumpur

Ditutup sementara / kekal

VR

Dalam Mall

Kalau anda belum puas layan dunia maya dalam google VR, jom pi Midvalley. Bawa kawan-kawan rasa lebih 30 game yang ada dalam The Rift.

Kalau kat rumah, kawasan nak main VR terhad. Kalau kat sini anda boleh sakan main selagi kredit ada.

Dalam kebanyakan mall, tempat main VR kecil saja. Tapi yang kat The Rift, kawasan nak main ada 2 tingkat.

the rift

the rift

TERBESAR

Asia Tenggara

Dan taman tema VR ini bukan sahaja yang terbesar dalam Kuala Lumpur, tapi juga paling besar dalam Asia Tenggara!

Nak main laser tag? boleh. Cuba Terminator X.

Nak rasa main game phone tapi guna VR? Boleh. Cuba Fruit Ninja.

Nak panjat dinding? Boleh. Main Hollow Wall.

Nak rasa kecut perut naik roller coaster? Duduk kat Hurricane VR yang boleh berpusing-pusing.

Tiket The Rift

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
4 Kredit3636
8 Kredit7070
Zero Latency8585
Outbreak Origin105105
Nota : Anda disarankan beli kredit dalam blok 4 kredit sekaligus (4, 8, 12 etc)
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Sep 2021

Zero Latency

Kalau nak lagi ummph, anda boleh main Zero Latency yang dibawa khas dari Australia.

Ajak kengkawan main sama-sama dalam 4 senario.

Dan kat sini kawasannya 15 m x 15 m — jauh lagi besar dari kawasan VR lain sini.

Dan dengan saiznya begini, anda sebenarnya boleh berjalan dekat 1km masa masa main game.

Pilih nak lawan zombie, lawan bunuh orang, jadi alien atau lawan robot. Anda akan main selama 20 minit.

Kalau 20 minit tak rasa apa, upgrade pi main Outbreak Origin — dan lawan zombie selama 40 minit.

Beli Kredit

Dalam The Rift, untuk standard VR game, anda tak pakai duit. Setiap satu dari permainan dalam ini pakai kredit. Jadi anda beli kredit dulu dan nak main, kredit ditolak dari simpanan anda.

Kebanyakan game perlu 2 kredit. Tapi ada yang 3 atau 1 kredit.

Selagi ada kredit, selagi tu boleh duduk dalam ini, main atau tengok orang main.

Tapi untuk VR special (zero latency) kredit tak boleh diguna. Kena beli tiket.

Waktu Operasi

Hari biasa : 11 pg – 10 mlm
Hujung Minggu/ cuti umum: 10 pg – 10 mlm

Nota: Tingkat 2 mula buka selepas 12 tgh hari)

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
The Rift The Rift
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)