Tentang Tarikan Ini :
Hotel 5 bintang ini adalah hotel butik mewah pertama di Kuala Lumpur.
Dan ia terkenal dengan khidmat butler peribadi yang bersedia melayani kehendak anda — dari menyediakan baju yang siap berseterika dan kasut yang dikilatkan sampailah kepada permintaan seperti membelikan tiket ke tempat tarikan pelancong dan lain-lain.
Kalau anda belum lagi puas dimanjakan, anda juga boleh ke Spa Village di hotel ini dan mendapatkan khidmat dari premis yang kerap memenangi anugerah spa terbaik Kuala Lumpur.
Dengan layanan sebegini, tidak hairanlah kalau Ritz Carlton ini bukan sahaja menjadi tempat menginap sehari dua, tapi ada selebriti dan orang penting yang menjadikannya rumah kedua mereka.
Anugerah Dimenangi
- Dinamakan antara 5 hotel butler terbaik dunia oleh The Independent
- Tripadvisor Travellers Choice 2019
- Malaysia’s Leading Hotel Residences 2018 – World Travel Awards
- Pemenang Hotel Spa Terbaik di Malaysia – Spa & Wellness Award (2011)
- Pemenang Spa Bandar Terbaik – The Best Malaysia Travel Awards 2010 oleh Expat Magazine
- Hotel Bandar Asia:Tempat ke 18 – Anugerah Terbaik Travel Leisure World’s 2011
Ulasan Ritz-Carlton
Yang Baik
- Akses gimnasium dan kolam renang 24 jam.
- Pilihan sarapan yang beraneka.
- Ada 2 kolam renang untuk dipilih.
- Akses internet berwayar & WIFI percuma.
- Perkhidmatan butler peribadi disediakan untuk semua bilik. Sesuai untuk spoil kan isteri masa bulan madu.
- Tidak sebising hotel di Bukit Bintang yang lain.
- Ada spa ternama dalam hotel.
Yang Buruk
- LRT dan monorel agak jauh berbanding hotel Bukit Bintang lain.
- Check in agak lambat (3 petang ke atas).
Tips Hotel
- Seperti mana-mana hotel Bukit Bintang lain, minta bilik di tingkat yang lebih tinggi untuk bilik lebih senyap.
Dalam bilik
- Butler untuk semua bilik.
- Televisyen skrin rata
- Pemain DVD / CD di semua bilik
- Katil bulu pelepah dan bantal bulu angsa
- Bilik mandi dengan tab mandi dan pancuran
- Kepala pancuran Rainforest
- Meja kerja lengkap dengan pemain iPod
- Akses Internet kelajuan tinggi
- Peti deposit keselamatan saiz besar
- Dua talian telefon dengan mel suara dan speaker
- Kabinet minuman dengan air botol percuma
- Pesanan makanan 24-jam
- Surat khabar percuma
Dalam Hotel
- Pusat kecergasan
- Perkhidmatan perniagaan Eksekutif
- Kedai hadiah
- Perkhidmatan limosin atas permintaan
- Internet kelajuan tinggi
- Kurier dan perkhidmatan pengangkutan
- Perkhidmatan penterjemahan
- Perkhidmatan sewa, bilik mesyuarat , peralatan, mesin taip elektronik, TV warna, mesin faks, projektor LCD, carta flip, telefon bimbit
Pengangkutan Awam Berhampiran Ritz-Carlton KL
- Stesen Monorel Bukit Bintang (600 meter) 8 minit berjalan kaki
- Stesen Monorel Imbi (900 meter) 15 minit berjalan kaki
Harga Bilik
Dari RM 590
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |