Isi Kandungan :
Senang cerita, kalau setakat nak rasa gebunya bulu kambing ini, tak perlu beli tiket ke oversea pun. Kat Cameron ini pun boleh.
Kat Sheep Sanctuary ini, ada 20 ekor kambing jinak yang boleh anda usap, beri makan dan kalau geram sangat, peluk lembut.

Kredit : dylahamzah
Semuanya diimport khas dari Australia dan dikatakan dari baka merino. Kalau ikut sejarah, baka ini datang dari Spain sana dan mungkin dibawa masuk oleh orang Islam semasa Islam bertapak di situ.
Bulunya kena cukur, paling kurang setahun sekali. Kalau anda bernasib baik datang pada masa ini, bolehlah tengok depan mata caranya.
Kambing ini selain lemah lembut, juga lasak. Dan boleh tahan banyak cuaca. Jadi yang kat sini memang sesuai sangatlah rasanya.
Untuk mak ayah yang kaki sakit, mungkin boleh intai sahaja sebab untuk ke sini, kena turun naik tangga.

Kredit : The Sheep Sanctuary
Puku Cafe
Kat sini juga ada kafe yang dinamakan Puku Cafe. Tempat ini ada kopi dan teh untuk anda minum selepas puas melayan kambing.
Aiskrimnya ramai yang kata sedap. Tapi disebabkan aiskrim selalunya menggunakan gelatin, ini kedai Cina, dan tak nampak tanda Halal Jakim kat mana-mana, kami tak sarankan pada anda.
Lokasi
Dekat dengan Kea Farm (di belakang Kea Valley Hotel) di Brinchang.
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 8 | 5 |
Pelancong Asing | 8 | 5 |
Beli Tiket Tarikan Ini | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 8 Oct 2021 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 5:30ptg