The Shore 3D Interactive Park

RM30.00

Ini tarikan khas untuk kaki instagram yang datang bercuti kat Melaka.

Penting
Tarikan ini ditutup bermula dari waktu pandemik Covid. Status operasinya sekarang masih belum dpt dipastikan.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 30 dewasa dan RM 20 kanak-kanak
Lokasi
The Shore Mall, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Malacca

Ditutup sementara / kekal

MUZIUM 3D

Dalam Mall

Siapa kata Melaka tak ada muzium 3d macam Langkawi, atau Penang?

Masa bercuti kat Melaka, anda boleh bergambar dengan 13 lukisan 3D kat The Shore 3D Interactive Park ini.

Dan tempatnya pun dekat dengan The Shore Toy Museum.

Yang buat tempat bergambar 3D ini berbeza sikit dari yang lain, ialah dia ada lebih dari gambar 3D kat dinding atau lantai.

the shore 3d interactive park

the shore 3d interactive park

SEDIA BERGAMBAR

Abadi Memori

Interactive Park ini ada kawasan cermin Funny Mirrors dengan Ghost House. Dan kat sini juga ada bilik Ames yang buat seorang nampak besar, seorang nampak kenit, macam yang kat Muzium Ilusi KL.

Pendek kata, ini memang tempat kaki instagram berseronok. Cumanya jangan datang seorang. Lagi ramai, lagi meriah, dan lagi senang nak bergambar.

Kalau anda nak datang saja-saja nak masuk tengok, lupakan. Harganya tak murah.

Tiket The Shore 3D Interactive Park

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara3020
Pelancong Asing3020
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2022

Tips Pengunjung

  • Pakai stoking baru ataupun basuh kaki. Anda kena buka kasut dalam kawasan ini.
  • Datang awal, kecuali anda suka beratur nak bergambar.
  • Bawa powerbank untuk jus bateri secukupnya.
  • Rasa malu nak berposing, kena tinggalkan kat luar pintu masuk. Gambar yang best hanya datang dari geng yang tak segan nak bergambar depan orang.
  • Pilihan lain untuk bergambar 3D masa kat Melaka ialah kat Magic Arts 3D kat Bayou Lagoon.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
The Shore 3D Interactive Park The Shore 3D Interactive Park
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)