AKUARIUM
Dalam Mall
Kalau anak dah mula merengek sebab Melaka panasnya lit lit, bolehlah masuk ke The Shore dan layan ikan kat ocenarium Melaka ini.
Tempat ini memanglah tak sehebat atau sebesar Aquaria kat KL atau Sealife kat Johor tu.
Tapi kalau kat Melaka, ini tempat tengok ikan yang paling gempak.
Ada lebih 100 jenis kerang selain dari ikan dan tapak sulaiman yang boleh anda pegang di touch pool nya.


PERAIRAN MSIA
Utk Pendidikan
Pada yang berminat, The Shore Oceanarium ini ada 3D glass yang bolehkan anda masuk secara maya ke hutan Pahang dan tempat-tempat lain dalam Malaysia.
Oceanarium The Shore ini juga ada kuiz interaktif.
Kalau kat tempat lain bapa dan anak pusing tengok ikan, dan balik tak tahu apa, kat sini, dengan kuiz, anda akan lebih beri perhatian pada info tentang haiwan yang ada.
Kalau jawab betul, balik dapat cenderamata bang.
KG PENYU
Depan Mata
Dalam 12 bahagian pameran yang ada, tempat yang paling utama, dan terakhir kat sini ialah Kampung Penyu.
Tempat ini sebenarnya usahasama Jabatan Perikanan dengan syarikat ini.
Dan ada beberapa ekor penyu yang boleh anda tengok dalam jarak dekat.
Nak bagi makan pun boleh.

The Shore Aquarium Melaka merupakan destinasi yang sangat menarik dan sesuai untuk kunjungan bersama anak-anak. Ia menawarkan pelbagai spesies hidupan laut yang pasti menarik perhatian, menjadikannya tempat yang mendidik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Walau bagaimanapun, satu cabaran utama ialah tempat ini terlalu sesak dengan pengunjung, yang kadang-kadang mengurangkan keselesaan dan pengalaman.
Cadangan saya adalah supaya pihak pengurusan mempertimbangkan untuk menghadkan jumlah pengunjung dalam satu-satu masa. Ini akan membolehkan para pengunjung menikmati pameran dan suasana dengan lebih santai serta selesa.
Recomended berbaloi dengan harga..ambil masa 2jam untuk habiskan 1 tempat , memang seronok tempat cantik bersih wangi..staf friendly
Best walaupun tempat dia xla besar sgt. Macam2 blh explore dlm ni. Beli tiket kat hotel. Staf pun ok ramah.
I think mcm not worth my money la pegi sini. Harga RM40 sekepala. Tp tak byk choice nak view. Ikan ikan mostly takda nama. Kau kena tau sendiri ya nama ikan kat sana.
Takda ikan jos, obor2 adee la 2 ekor, kuda laut boleh kira dengan jari. Boleh la pegi kalau dah takda tempat sgt nak pi.
Better gi aquaria klcc tambah belas2 ringgit tp puas hati berbaloi-baloi. Pegi sini sebab dekat, kita dr muar.
Berbaloi dengan harga RM40 sebab paling murah antara kat jb & kl. Dalam satu jam dalam tu pusing pusing best. Nasib saya baik sebab takramai takpadat orang, walaupun weekend&public holiday. Tempat cantik, bersih, selamat dan menarik.