The Shore Oceanarium

Jom layan ikan kat dalam mall dengan The Shore Oceanarium ini.

melaka the shore ocenarium ticket

Kalau anak dah mula merengek sebab Melaka panasnya lit lit, bolehlah masuk ke The Shore dan layan ikan kat ocenarium Melaka ini.

Tempat ini memanglah tak sehebat atau sebesar Aquaria kat KL atau Sealife kat Johor tu. Tapi kalau kat Melaka, ini tempat tengok ikan yang paling gempak.

the shore aquarium melaka diverAda lebih 100 jenis kerang selain dari ikan dan tapak sulaiman yang boleh anda pegang di touch pool nya.

Tapi harga tiketnya agak premium. Jadi plan awal kalau nak datang.

Beza Ocenarium The Shore Dengan Akuarium Lain

Pada yang berminat, The Shore Oceanarium ini ada 3D glass yang bolehkan anda masuk secara maya ke hutan Pahang dan tempat-tempat lain dalam Malaysia.

oceanarium melakaOceanarium The Shore ini juga ada kuiz interaktif. Kalau kat tempat lain bapa dan anak pusing tengok ikan, dan balik tak tahu apa, kat sini, dengan kuiz, anda akan lebih beri perhatian pada info tentang haiwan yang ada.

Kalau jawab betul, balik dapat cenderamata bang.

shark ocenarium melaka

Highlight kat The Shore Oceanarium

Dalam 12 bahagian pameran yang ada, tempat yang paling utama, dan terakhir kat sini ialah Kampung Penyu.

Tempat ini sebenarnya usahasama Jabatan Perikanan dengan syarikat ini. Dan ada beberapa ekor penyu yang boleh anda tengok dalam jarak dekat.

Nak bagi makan pun boleh.

Tips

  • Petting pool ada kat pintu masuk.
  • Pergi bilik air awal-awal. Sebab bila sudah masuk, tak boleh keluar dan masuk lagi kali kedua dengan tiket sama.
  • Boleh plan untuk ke Toy Museum dan Sky Tower bila dah ke sini. Kalau nak bergambar sakan boleh ke The Shore 3D Interactive Park.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Warga Malaysia403030
Pelancong Asing403030

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10:30 pg – 9 mlm

Hotel Terbaik Berdekatan The Shore

Kategori HotelBandingkan Harga
Majestic MelakaBookingAgoda
Ramada PlazaBooking Agoda
The Shore Hotel & ResidenceBookingAgoda
The PinesBooking Agoda
Ibis MelakaBooking Agoda
Swiss Garden MelakaBookingAgoda
Mio BoutiqueBooking Agoda
JW BoutiqueBookingAgoda
Tun Fatimah RiversideBookingAgoda

Peta

Apa Lagi Yg Best Kat Melaka?

Tempat menarik kat Melaka

Layan kedai makan sedap Melaka

Hotel terbaik pilihan kami

Promo hotel, tarikan Melaka