Kalau takut tinggi, memang gerun bila ke The Shore Skytower ini.
Sebabnya, di bangunan 42 tingkat ini hangpa boleh jalan kat atas jambatan kaca.
Kalau belum cukup bagus, ada menara tinjau yang lantainya pun dibuat dari kaca untuk hangpa menjengah ke jalanraya nun di bawah.
Nota Pengunjung

Sumber: Tiada info
1. Nak bergambar? Boleh bergambar kat mana-mana. Tapi kat kawasan menara tinjau dengan lantai kaca, tak boleh bergambar dengan kamera sendiri. Kena bayar extra ya?
2. Nak ke Skytower di The Shore Melaka ini, naik lif dan transit di tingkat 3A.
3. Kalau hangpa dah letih atau panas di atas, turun saja ke bawah. Boleh shopping sakan di mall baru Melaka — The Shore Shopping Gallery.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | Warga Emas (RM) | |
---|---|---|---|
Warganegara | 25 | 18 | 25 |
Pelancong Asing | 25 | 18 | 25 |
Peta Ke Sini

Sumber : Tiada info sahih